CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9909|Reply: 5

[Tempatan] Cuti Sabtu, Ahad peninggalan penjajah, kata PAS Johor

[Copy link]
Post time 11-10-2024 07:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 11-10-2024 11:07 AM

PAS Johor beranggapan bahawa cuti hujung minggu di negeri Johor yang ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025 seperti yang diumumkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail adalah peninggalan penjajah.

Sambil menyatakan pendiriannya yang bersetuju dengan ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang membantah cuti mingguan di Johor ditukar semula, Yang Dipertua PAS kawasan Johor Bahru, Dr Mohd Mazri Yahya berkata, Jumaat sepatutnya diutamakan.

“Sebelum Merdeka, negeri-negeri di Tanah Melayu diasingkan kepada tiga kelompok oleh penjajah British iaitu Negeri Bersekutu, Negeri Tidak Bersekutu dan Negeri Selat.

“Salah satu peninggalan penjajah ialah perbezaan cuti hujung minggu di negeri-negeri tersebut.

“Negeri-negeri Selat dan Bersekutu telah menjadikan Ahad sebagai hujung minggu mereka sementara Negeri-negeri Tidak Bersekutu menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu mereka,” katanya.

Menurut Dr Mazri, Johor kemudian telah menukar cuti hujung minggunya pada hari Ahad pada 1994 ketika Muhyiddin Yassin adalah menteri besar ketika itu. Ia dilakukan supaya diseragamkan dengan cuti hujung minggu negara dan memudahkan aktiviti ekonomi dan pembangunan.

Namun bermula 1 Januari 2014, Johor kembali menjadikan Jumaat, Sabtu sebagai hujung minggunya. Ia dititahkan oleh Sultan Ibrahim sebagai penghormatan kepada hari Jumaat sebagai penghulu segala hari serta pengiktirafan agama Islam sebagai agama rasmi negeri Johor.

“Masalah mula berlaku selepas itu, apabila kerajaan negeri bersikap ambiguiti dalam pelaksanaan titah sultan tersebut yang mana cuti hujung minggu Jumaat, Sabtu untuk agensi kerajaan dan hujung minggu Sabtu, Ahad untuk agensi swasta.

“Ini menimbulkan polemik dan beban di kalangan rakyat yang terpaksa mengorbankan pelbagai aspek kehidupan mereka termasuk sosial, spiritual, akademik, ekonomi dan fungsi berkeluarga mereka,” katanya.

Bagaiamanapun, Dr Mazri berkata, jika kerajaan negeri sudah nekad untuk menukar cuti mingguan di Johor atas desakan ekonomi, dia mencadangkan empat perkara bagi mengekalkan budaya Johor terus dimartabatkan.

“Pertama, mewajibkan semua majikan memastikan pekerjanya diberi ruang untuk mengerjakan solat Jumaat. Tindakan tegas perlu diambil sekiranya mana-mana majikan didapati tidak melakukannya.

“Kedua, bacaan surah Kahfi diteruskan di agensi-agensi milik kerajaan negeri terutamanya 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi,” katanya.

Cadangan ketiga pula kata Dr Mazri adalah pemakaian baju Melayu bersamping pelbagai warna untuk pelajar Islam pada setiap Jumaat.

“Ini bagi mengelakkan beban tambahan kepada ibu bapa. Malah mungkin boleh dikembangkan di agensi-agensi milik kerajaan negeri yang difikirkan bersesuaian.

“Keempat, penyediaan perkhidmatan pengangkutan ke masjid-masjid di sekolah-sekolah bagi yang memerlukan,” katanya.

Selain itu, kata pemimpin akar umbi PAS itu mungkin ada banyak lagi cadangan-cadangan lain daripada rakyat Johor yang difikirkan bersesuaian.

Tunku Mahkota Ismail semasa penukaran itu pada 7 Okt lalu memaklumkan bahawa cadangan berkenaan telah mendapat perkenan dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

MalaysiaKini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2024 09:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesilapan utama adalah hujung minggu berbeza antara agensi kerajaan dan swasta. Di negeri seperti johor,sektor swasta menyumbang sebahagian besar kepada ekonomi negeri. Ini berbeza dengan negeri kelantan di mana majikan terbesar adalah dari sektor kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kepentingannya hari jumaat kena pakai baju melayu pelbagai warna pastu kata tanak bebankan ibubapa plak
Pakai baju sekolah pun ok je atleast tau la tu budak sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:53 AM | Show all posts
Suchi replied at 11-10-2024 07:33 AM
Apa kepentingannya hari jumaat kena pakai baju melayu pelbagai warna pastu kata tanak bebankan ibuba ...

itulah kan.. uniform pelajar lelaki sekolah kebangsaan memang dah menutup aurat and ready to go for masjid untuk solat pown.. unless pakai baju melayu tu optional

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:07 AM | Show all posts
ala dulu masa makcik kecik2, jumaat cuti. pastu tukar ahad cuti. takde masalah beso pun. semua org meneruskan hidup mcm biasa. mula-mula je mcm celaru sikit pastu semua orang okay je. makcik enjoy sbb ahad byk kartun kat TV malaysia & singapore.


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.046045 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list