CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15499|Reply: 2

Kena Baling Yogurt Sebab Tak Pakai Tudung

[Copy link]
Post time 2-4-2023 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Presiden Ebrahim Raisi berkata pada Sabtu bahawa hijab adalah undang-undang di Iran.


Beliau berkata demikian bagi mengulas video tular menunjukkan seorang lelaki membaling yogurt ke arah dua wanita tidak bertudung di sebuah kedai.


Semakin ramai wanita telah menentang pihak berkuasa dengan menanggalkan tudung mereka selepas protes di seluruh negara berikutan kematian pada September seorang wanita Kurdish Iran berusia 22 tahun dalam tahanan polis moral kerana didakwa melanggar peraturan hijab.






Pihak berkuasa kehakiman di sebuah bandar berhampiran bandar Mashhad mengeluarkan waran tangkap untuk lelaki yang dilihat menuang yogurt ke atas kepala dua wanita itu, seorang ibu dan anak perempuannya.


Mereka juga menjadi perhatian kerana melanggar peraturan ketat pakaian wanita Iran, lapor media kerajaan.


Mengambil risiko ditangkap kerana melanggar kod berpakaian wajib, wanita masih dilihat secara meluas di pusat membeli-belah, restoran, kedai dan jalanan di seluruh negara. Video wanita tidak bertudung menentang polis moral telah membanjiri media sosial.


Dalam kenyataan langsung di televisyen negara, Raisi berkata: "Kalau ada yang berkata tidak percayakan hijab, mereka akan dipujuk.


"Tapi apa yang penting ada undang-undang dan hijab hari ini adalah perkara yang sah di sisi undang-undang."


Pihak berkuasa berkata pemilik kedai di mana kejadian itu berlaku telah diberi amaran.


Laporan di media sosial menunjukkan kedainya telah ditutup, walaupun dia dipetik oleh agensi berita tempatan sebagai berkata, dia telah dibenarkan untuk beroperasi semula kerana "memberi penjelasan" kepada mahkamah.


Ketua badan kehakiman Gholamhossein Mohseni Ejei sebelum ini mengancam untuk mendakwa wanita "tanpa belas kasihan" yang muncul di khalayak ramai tanpa bertudung, lapor media Iran.


"Membuka hijab adalah sama dengan permusuhan terhadap nilai (kita)," kata Ejei dipetik beberapa laman berita.


Di bawah undang-undang syariah Islam Iran, yang dikenakan selepas revolusi 1979, wanita diwajibkan menutup rambut mereka dan memakai pakaian yang panjang dan longgar untuk menyembunyikan bentuk badan mereka.


Mereka yang melanggar peraturan akan menghadapi teguran awam, denda atau tangkapan.


Menyifatkan tudung sebagai "salah satu asas tamadun negara Iran" dan "salah satu prinsip praktikal Republik Islam," kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Khamis berkata tidak akan ada "toleransi" dalam isu itu.


Ia menggesa rakyat untuk berhadapan dengan wanita yang tidak bertudung. Arahan sebegitu dalam beberapa dekad yang lalu mendorong golongan tertentu menyerang wanita sewenang-wenangnya.




Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila manusia bercita2 jd 'org kanan Tuhan' gini la jdnya. Sedangkan ada je cara hikmah yg lain. Msia ni pun ada ke arah tu, tang pmpuan semua x kena. tp berjanji utk kemajuan infrastruktur pergh ke laut. Bila nk maju sikit, yg penting akhirat. Sdgkan dlm azan tu dh ckp solah & falah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak revolution iran dah menular kat malaysia... tudung10x tapi x solat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.227353 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list