CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8661|Reply: 0

[Sarawak] Pertandingan Lalu Lintas Shell dihidupkan semula sebagai 'Sarawak Traffic Games'

[Copy link]
Post time 31-3-2023 05:57 AM | Show all posts |Read mode


Lee, Wee dan yang lain semasa melakukan lawatan dan pemeriksaan di Taman Lalu Lintas di Kenyalang Park, Kuching hari ini. - Gambar Chimon Upon
KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak menerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya pada tahun ini akan mengembalikan Pertandingan Lalu Lintas Shell dan menamakannya sebagai 'Sarawak Traffic Games.'

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata' program itu akan dimulakan di peringkat bahagian terlebih dahulu sebelum dikembangkan ke peringkat negeri.

Pertandingan Lalu Lintas Shell kali terakhir diadakan sekitar 2015 dan mempunyai tujuan sama seperti 'Sarawak Traffic Games' iaitu meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan peserta muda, sekali gus mendatangkan impak kepada mereka.

"Ia (Sarawak Traffic Games) adalah sebahagian daripada pendidikan keselamatan jalan raya oleh kerajaan Sarawak. Perkara yang paling penting ialah kita mahu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

"Susulan itu, kita telah membuat survei dan bertanya kepada sekeliling mengenai Pertandingan Lalu Lintas Shell, semuanya bersetuju bahawa ia merupakan program yang sangat berkesan dan justeru, kita berhasrat untuk mengembalikan semula program ini," ujarnya kepada pemberita selesai lawatan dan pemeriksaan di Taman Lalu Lintas di Kenyalang Park di sini, hari ini.

Lee menambah, kementeriannya telah membentuk satu jawatankuasa untuk 'Sarawak Traffic Games' yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil.

Menerusinya, kesemua enam Taman Lalu Lintas sedia ada di seluruh negeri yang telah dibina khas untuk Pertandingan Lalu Lintas Shell akan diperiksa.  

"Antaranya adalah Taman Lalu Lintas di Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri dan Sarikei. Jika ada antara taman-taman ini memerlukan sebarang naik taraf dan penyelenggaraan, maka kita akan berbuat demikian," katanya.

Jelas Lee lagi, jawatankuasa terbabit akan berusaha untuk meneliti sokongan bagi mendapatkan set peralatan untuk taman-taman ini. Seluruh bahagian katanya, akan mempunyai satu set peralatannya yang tersendiri.

Dalam pada itu beliau berkata, sekiranya terdapat sambutan yang baik pada masa hadapan, maka Taman Lalu Lintas juga boleh dibina di bahagian lain dengan tujuan untuk mengadakan ‘traffic games’ sebagai projek jangka panjang, selari dengan usaha mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi mengenai keselamatan jalan raya.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng dan Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 1.620570 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list