CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8272|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak catat ketibaan 328,009 pelancong asing untuk dua bulan pertama 2023

[Copy link]
Post time 31-3-2023 05:54 AM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim bercakap kepada pemberita semasa sidang media. Turut kelihatan Snowdan (kanan) dan Sebastian (kiri). - Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Sarawak mencatatkan ketibaan seramai 328,009 pelancong asing untuk tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia merupakan peningkatan ketara berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

“Ketibaan pelancong asing ke Sarawak untuk tempoh Januari hingga Februari 2023 ialah 328,009 orang, berbanding hanya 6,604 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas (2022),” katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.

Tambah Abdul Karim, ketibaan memberangsangkan itu dapat dilihat apabila banyak negara membuka sempadannya termasuk Brunei.

Sementara itu, beliau berkata Sarawak pada tahun ini menyasarkan tiga juta ketibaan pelancong secara keseluruhan dan beliau yakin angka itu mampu melebihi sasaran termasuk dari segi ketibaan pelancong asing.

Jelasnya, dari Januari hingga Februari tahun ini, lebih 600,000 ketibaan pelancong ke negeri ini dicatatkan dengan anggaran purata 300,000 ketibaan pada setiap bulan.

"Januari dan Februari agak perlahan bagi ketibaan pelancong, tetapi apa yang membimbangkan ialah Julai, Ogos dan September kerana banyak acara yang diadakan Sarawak.

"Kita risau pada bulan terbabit dikhuatiri (bilik) hotel tidak mencukupi kerana terlalu banyak acara diadakan kita," katanya.

Ditanya mengenai ketibaan pelancong dari negara Eropah, Abdul Karim memaklumkan pelancong dari negara Eropah yang paling ramai datang ke Sarawak adalah dari United Kingdom, diikuti Jerman.

"Ramai dalam kalangan rakyat Jerman mengetahui Sarawak menerusi Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF)," katanya.

Hadir sama pada sidang media, dua timbalan beliau, Datuk Snowdan Lawan dan Datuk Sebastian Ting.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.266696 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list