CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10773|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Kekurangan telur 10 hingga 15 peratus hanya bagi gred A,B,C'

[Copy link]
Post time 30-3-2023 11:28 PM | Show all posts |Read mode
'Kekurangan telur 10 hingga 15 peratus hanya bagi gred A,B,C'




Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mac 30, 2023 @ 7:11pm bhnews@bh.com.my





BAYAN LEPAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan bekalan telur di pasaran masih mencukupi untuk menampung keperluan dalam negara dengan kekurangan telur ketika ini hanya membabitkan gred A, B dan C yang dianggarkan sekitar 10 hingga 15 peratus saja.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, berkata kekurangan telur gred itu didorong permintaan tinggi menjelang musim perayaan terutama bagi memenuhi keperluan penyediaan membuat kuih dan sebagainya.

"Secara keseluruhan bekalan telur mencukupi, cuma mungkin kurang sikit membabitkan gred A, B dan C. Pada masa sama, kita ada pelbagai jenis lagi telur seperti omega dan sebagainya.

"Kalau diikutkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan paling sesuai bercakap isu kekurangan bekalan ini, kami (KPDN) hanya ulas daripada segi pasaran saja," katanya selepas merasmikan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) di Bazar Ramadan Bayan Baru di sini, hari ini.

Fuziah berkata, penggunaan telur rakyat Malaysia mencecah 32 juta biji sehari dengan bekalan telur gred lain termasuk telur omega tidak terjejas dan masih boleh didapati dengan mudah di pasaran.

Beliau berkata, bagi Pulau Pinang bekalan telur yang direkodkan daripada pemborong dan peruncit di seluruh negeri ialah 48,000 biji gred C dan 30,000 gred B dengan jumlah keseluruhan telur mencecah 150,000 biji telur sehari.

Sementara itu, beliau berkata, BRR adalah inisiatif terbaru Kerajaan Perpaduan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga murah membabitkan 38 lokasi di seluruh negara.

"Di Pulau Pinang terdapat 91 bazar Ramadan dan dua daripadanya BRR, selain satu lagi di Bazar Ramadan Bayan Lepas, perbezaannya ialah kita hendak pastikan sekurang-kurangnya 30 peratus peniaga menawarkan menu Rahmah.

"Jadi Bazar Ramadan Bayan Baru ini ada 98 peniaga dengan lebih 30 peniaga menawarkan menu Rahmah seperti air, nasi berlauk, kuih-muih pada harga maksimum RM5, selain lebih rendah daripada kadar itu," katanya.




Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh. NSTP/MIKAIL ONG





sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2023 11:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.392925 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list