CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3111|Reply: 7

Beli Popia Sira Sambal Di Bazar, Kecewa Isinya Hitam Legam Hangus Terbakar

[Copy link]
Post time 30-3-2023 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita membeli empat biji kuih popia sira sambal di bazar Ramadan.


Nampak cantik dibungkus dalam pek jernih, siap ditabur bawang goreng.


Namun sebaik saja kuih tersebut dipotong dua, ternyata isi dalamannya tidak seindah yang disangka.


"Alkisah makanan bazar. Rupa luar menyelerakan. Sayang, dalamannya hangus," demikian kapsyen yang ditulis wanita tersebut pada perkongsiannya.










Mana tidaknya, dapat dilihat inti sayur-sayuran di dalam popia tersebut berwarna kehitaman kerana digoreng sehingga hangus.


Perkongsian tersebut meraih perhatian warga maya yang turut bersimpati dengan wanita berkenaan.


Malah mereka turut melahirkan rasa hairan bagaimana inti popia tersebut sahaja yang hangus sedangkan kulitnya kelihatan berwarna kuning keemasan seperti biasa.


Di ruangan komen, wanita tersebut juga berkata dia sendiri 'tertipu' apabila melihat luaran popia itu sehingga tergoda untuk membelinya.


"Sebab di luar tak rentung pula kalau nak kata terlebih goreng," komennya.


Kebanyakan netizen berpendapat, berkemungkinan inti yang digunakan tersebut adalah inti yang tidak habis dijual dan digoreng lagi sekali, menjadikannya terlebih masak hingga hangus.


Bagaimanapun, wanita tersebut tidak menyatakan nama gerai atau lokasi bazar Ramadan yang dikunjunginya itu.


Menjengah ruangan komen, rata-ratanya turut meluahkan rasa kecewa kerana pernah merasai pengalaman buruk ketika membeli juadah di bazar Ramadan.


"Samalah... saya baru kena semalam dapat dua ketul dalamnya hangus.


"Semalam beli air naga RM4. Sekali sedut, basi!


"Saya beli lemang, dapat mentah. Balik rumah nak makan mentah. Dah la beli mahal, campur dengan rendang RM26 tapi tak boleh makan.


"Entahlah, tahun ini hambar betul bazar. Nak berniaga tu ikhlas la sikit. Tak kisahlah harga naik sikit tapi pastikan berbaloilah," demikian antara komen netizen.


Dalam masa yang sama, mereka turut mencadangkan wanita tersebut membuat aduan kepada peniaga berkenaan supaya dapat memperbaiki mutu makanan yang dijual agar perkara yang sama tidak lagi berulang. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 02:53 PM | Show all posts
Alhamdulillah , bazar tmpt iols setakat ni takde lg mcm ni sb yg meniaga situ mmg selalu niaga pasar malam sama tapak, cuma ada satu hari tu ayam percik yg kelihatan  lazattt itu termasin pulak kuahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat sendiri je la puas hati

Today sis masak wantan goreng inti minced prawn+ayam+carrot+daun bwg.....selain ayam masak lemak, ulam raja, sambal, telur asin
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
limesherbet replied at 30-3-2023 02:57 PM
Buat sendiri je la puas hati

Today sis masak wantan goreng inti minced prawn+ayam+carrot+daun bwg.. ...

Marvelousnya resipi..terliur i
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 03:18 PM | Show all posts
berniaga sebulan dalam setahun. macam tu la hasilnya
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Padahal popia ni kos x tinggi mana pn since byk seller letak tauge je pun. Tu pn dorg jual mahal, dgn tauge ada la 2 -3 helai dlm tu. Byk kali dh terkena. Mama I pn jual kuih, dlm popia tu letak inti sayur tauge, carrot, sengkuang, tauhu putih cincang2. 5 bijik rm2. Makan her popia tak sira sambal pn sedap. Sebab inti sayur tu stir fry kejap. Tumis letak garlic n shallot, letak tauhu putih cincang jgn hancur, then carrot, sengkuang, gula siikit n garam. Last sekali masuk tauge terus tutup api.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2023 02:28 PM | Show all posts
Tahun lagi banyak aduan berbanding tahun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Besok pergi semula ke gerai tu pulangkan popia dan minta duit semula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.339416 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list