CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3002|Reply: 2

Gara-gara Lukisan Anak, Bapa Yang Dipenjara

[Copy link]
Post time 30-3-2023 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara lukisan anak yang menolak konsep peperangan, seorang lelaki Rusia bakal dipenjarakan dua tahun.


Masha Moskalyova, 13, melukis peluru berpandu Kremlin ditujukan kepada seorang wanita dan kanak-kanak dan menulis frasa Glory to Ukraine dan No to War.




MASHA bersama lukisan yang membuatkan dia dan bapanya disiasat dan dihukum. FOTO Agensi




Masha dan kanak-kanak lain di sekolahnya yang terletak di wilayah Tula, diminta untuk mencipta karya seni yang diilhamkan oleh tentera Rusia.


Selepas menghasilkan lukisan itu, bapanya, Alexei Moskalyov, dibawa ke sekolah dan disoal siasat.


Pihak berkuasa kemudian mendapati lelaki itu menyatakan sokongannya untuk Ukraine dalam talian dan diarahkan membayar denda 350 pound sterling (kira-kira RM1,900).


Namun, lelaki berusia 54 tahun itu kemudiannya menghadapi soal siasat lanjut oleh Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB).


Masha dibawa ke 'pusat pemulihan', sebahagian daripada sistem rumah anak yatim negeri, manakala Alexei dihalang daripada melihatnya apabila prosiding jenayah terhadapnya bermula.


Tindakan undang-undang terhadapnya berterusan sehingga kemuncaknya dengan hukuman itu, baru-baru ini.


Alexei didapati berkali-kali mencemarkan nama baik tentera dan diperintahkan dua tahun penjara.


Bagaimanapun, Alexei tidak hadir untuk mendengar keputusan kes terhadapnya itu.


Jurucakap mahkamah Olga Dyachuk, mendedahkan, tertuduh melarikan diri pada malam sebelum prosiding itu. .


Sehari sebelumnya, ketika berada di kandang saksi di Efremov, wilayah Tula, Alexei berkata mereka yang berada di mahkamah itu adalah 90 peratus menentang perang di Ukraine.


Petisyen yang ditandatangani hampir 150,000 orang menyifatkan layanan terhadap Masha itu sebagai mengerikan.


Pakar mengatakan tiada alasan undang-undang untuk memenjarakan remaja itu di "pusat pemulihan'.




Sumber: Harian metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah rupa negara komunis ya tuan-tuan. Pemerintah kamu adalah tuhan kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 02:52 PM | Show all posts
gilaaaaa nk membunuh org je keje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035128 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list