CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2976|Reply: 0

Kali Terakhir Tiga Tahun Lepas, Gerhana Matahari Separa Akan Muncul Semula Sehari Sebelum Aidilfitri

[Copy link]
Post time 30-3-2023 12:09 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA – Selepas kali terakhir berlaku tiga tahun lalu, gerhana matahari separa akan muncul semula dan kejadian itu terjadi sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Perkara itu dimaklumkan pakar falak tanah air, Hanafiah Abdul Razak yang juga Imam Masjid Kota Iskandar, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di Iskandar Puteri.




Foto: kosmo




“Insya-Allah fenomena gerhana itu dapat disaksikan di seluruh negara apabila hampir separuh matahari akan dilindungi bulan pada 20 April kelak. Ketika kejadian, bulan akan kelihatan menyentuh matahari pukul 11.04 pagi.


“Jika di Kuala Lumpur, bulan berada di sebelah kanan penglihatan mata kita di ufuk atau kali langit bumi, manakala matahari pula akan berada di sebelah kirinya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Kali terakhir kejadian itu dapat disaksikan di Malaysia ialah pada 21 Jun 2020 lalu ketika umat Islam di negara ini masih lagi meraikan lebaran pada 29 Syawal 1441 Hijrah.


Mengulas lanjut, katanya, gerhana matahari separa atau penuh merupakan fenomena berulang-ulang yang dapat dikira menerusi kaedah ulangan kiraan hilal atau anak bulan takwim Hijrah. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.061628 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list