CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3148|Reply: 1

Wanita Maut Makan Ikan Buntal: Anak Terkilan Tak Sempat Jumpa Ibu, Rancang Nak Balik Raya Aidilfitri Nanti

[Copy link]
Post time 30-3-2023 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Nasib seorang wanita berusia 83 tahun yang meninggal dunia serta suaminya yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas memakan ikan buntal hangat diperkatakan.


Menurut anak perempuan mereka, Ng Ai Lee, 51, ibu bapanya tidak menyedari bahawa ikan yang dibeli daripada seorang penjual itu merupakan ikan yang mengandungi toksin maut.


Katanya, bapanya yang berusia 84 tahun membeli ikan itu pada Sabtu lalu kerana hanya tinggal beberapa pilihan sahaja.


Walaupun tidak pernah mendengar tentang ikan buntal, bapanya terus membelinya daripada penjual ikan yang mengunjungi kampung mereka di Kampung Chamek, Kluang, Johor, setiap minggu dengan menaiki van.




Foto: mStar




"Ibu bapa saya sudah bertahun-tahun membeli ikan daripada penjual ikan yang sama, jadi ayah saya tidak fikir dua kali mengenainya.


"Dia tidak tahu yang dia membeli ikan yang boleh membahayakan nyawa mereka," katanya kepada The Star.


Ibunya, Lim Siew Guan, menggoreng ikan untuk makan tengah hari pada hari yang sama dan mula mengalami kesukaran bernafas serta menggigil manakala bapanya mula menunjukkan simptom yang sama kira-kira sejam kemudian.


Ng berkata, abangnya yang tinggal dalam kampung yang sama terus membawa mangsa ke hospital.


"Saya dan abang saya yang lain tinggal di Kuala Lumpur. Selepas mengetahui kejadian itu, kami memutuskan untuk bergegas pulang ke Kluang untuk berjumpa ibu bapa kami.


"Malangnya, kami belum sampai separuh perjalanan apabila abang sulung memaklumkan ibu meninggal dunia petang itu.


"Saya sangat sedih. Kesakitan dan emosi yang saya rasakan ketika itu tidak dapat digambarkan kerana ia terlalu tidak dijangka," ujarnya.


Tambah Ng, kali terakhir dia bertemu ibu bapanya ketika sambutan Tahun Baharu Cina dan merancang untuk pulang ke kampung sempena cuti Aidilfitri tidak lama lagi.


"Kali terakhir saya berjumpa ibu ketika mereka datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama saya selama seminggu selepas sambutan Tahun Baharu Cina.


"Saya bercadang untuk pulang ke kampung untuk berjumpa mereka bulan depan semasa cuti Hari Raya Aidilfitri," kata Ng, yang merupakan ketua pegawai kewangan sebuah syarikat swasta di ibu negara.


Punca kematian ibunya dikenal pasti sebagai keracunan makanan, mengakibatkan kegagalan pernafasan dan degupan jantung yang tidak teratur, mungkin disebabkan oleh pengambilan toksin daripada ikan tersebut.


Dia dikebumikan di tanah perkuburan Cina Chamek pada Rabu.


Ng berkata bapanya masih koma di ICU dan pihak hospital sedang berusaha untuk merawat jangkitan dalam badannya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 12:43 PM | Show all posts
kena siasat yang jual ikan tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.072547 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list