CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4961|Reply: 35

Pengunjung Bufet Ramadan Dibenar Bawa Pulang Makanan Tak Habis

[Copy link]
Post time 30-3-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)  membenarkan pengunjung yang berbuka puasa di restorannya membawa pulang lebihan makanan bufet sebagai langkah menyokong pelaksanaan kempen hijau.


Ia bagi mengelak pembaziran makanan sekali gus dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai supaya mengamalkan konsep kemampanan bagi menyelamatkan bumi dengan mengurangkan pembuangan makanan.


Ketua Pegawai Operasi WTCKL, Fauzy Wahab, berkata pihaknya menyedari berlaku pembuangan makanan yang sangat tinggi terutama di hotel dan restoran pada setiap kali sambutan majlis keraian termasuk berbuka puasa dan musim perayaan.




Orang ramai dibenar membawa pulang makanan selepas selesai sesi berbuka puasa bagi mengelak pembaziran. - NSTP/Rohanis Shukri




Susulan itu, beliau berkata, pihaknya mengambil inisiatif membenarkan pengunjung yang datang berbuka puasa membawa pulang makanan yang digemari selepas orang ramai selesai sesi berbuka puasa.


Katanya, bagi memudahkan pembungkusan makanan dilakukan, WTCKL turut menjual mangkuk tingkat bercirikan mesra alam.


"Kita menganjurkan bufet Ramadan yang mengamalkan konsep sifar pembuangan makanan bagi mengelak berlaku pembaziran dengan membenarkan pengunjung membungkus makanan disukai untuk dibawa pulang.


"Konsep ini juga menjadi antara usaha kita memulakan langkah menyokong kempen hijau.


"WTCKL berharap melalui program ini, mesej ke arah kemampanan bagi menyelamatkan bumi dapat dilaksanakan dengan mempromosikan pilihan mangkuk tingkat yang mesra alam," katanya.


Pengunjung bufet Ramadan WTCKL boleh membeli pelbagai jenis mangkuk tingkat di kaunter disediakan bagi digunakan mengisi makanan untuk dibawa pulang.


Fauzy berkata, program dimulakan sejak Ramadan tahun lalu itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.




Ketua Pegawai Operasi WTCKL, Fauzy Wahab.




Beliau berkata, pada tahun lalu pihaknya berjaya menjual 367 unit mangkuk tingkat bersaiz besar dan 167 unit bersaiz kecil.


"Ini menunjukkan program ini diterima dan disokong pengunjung.


"Inisiatif yang baik ini juga akan kami teruskan pada Ramadan tahun depan dan seterusnya, malah ia tidak terhad ketika majlis berbuka puasa saja, sebaliknya akan diperluaskan kepada majlis persendirian dan korporat," katanya.


Fauzy berkata, bagi bufet Ramadan, pihaknya menghidangkan lebih 300 jenis lauk dengan lima putaran menu, sekali gus menyebabkan banyak lebihan makanan yang akan dibuang selepas selesai majlis setiap hari.


Susulan itu, beliau berkata, langkah membenarkan pengunjung membawa pulang lebihan makanan itu sekali gus dapat memberikan kesedaran kepada mereka supaya tidak membazirkan makanan.


"Kita berharap inisiatif ini dapat memberi impak dan mesej positif kepada dunia mengenai kepentingan mengurangkan pembuangan makanan.


"Selain itu, mangkuk tingkat yang dibeli juga boleh digunakan untuk membungkus makanan di tempat lain dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik yang mencemar alam sekitar," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 11:44 AM | Show all posts
bagus laaa boleh tapau... saya setuju...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak jiran aku yg 3 tahun ....meleret senyum dipagi hari.......

Persoalannyer...jika buffetnyer 7-10malam...at what time people can start tapauing?
..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:49 AM | Show all posts
sokongg..guest boleh tapau,wtc lak boleh jual bekas tapau..win2 situation giteww
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 30-3-2023 11:49 AM
sokongg..guest boleh tapau,wtc lak boleh jual bekas tapau..win2 situation giteww

A cooked food should be consumed within 5-6 hrs max after being cooked mengikut piawaian yg telah ditetapkheun oleh ISO007...utk semua pengendali2 makanan termasuk caterers that supply cooked food to prevent any sort of food contamination....kata anak jiran aku yg 3 tahun

Persoalannyer...jika dibenarkheun makanan ditapau  oleh pengunjung dan dimakan hanya waktu sahur....which would probably be a good more than 10hrs at least dari ianyer dimasak....dan jika pengunjung mendapat food contamination atau food poisoning....dgn siapakeww yg boleh dituntut? Tanya anak jiran aku iteew
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Miss.Rara replied at 30-3-2023 11:44 AM
bagus laaa boleh tapau... saya setuju...

Adakeww miss rara ini kembar sarahmirzo?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 30-3-2023 12:06 PM

bagus..elakkan pembaziran..walau ada hotel yg bagi/letak kat kafe staff...bg staff makan/tapau mana yg x abis tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingeramadhan at 30-3-2023 12:06 PM

Setiap dishes dirandau oleh setiap pengunjung during that duration of 3 hours slot of the buffet timing....what are the chances that those food will not get contaminated?...utk pihak penganjur to take that risk by allowing pengunjung to tapau?

Nak mengelakkheun pembaziran...tapi mengundang kemudaratan yg lebih besar pada pengunjung....FOOD CONTAMINATION...bila membenarkheun pengunjung utl tapau...

Pikir pikirkheun ler...seru anak jiran aku yg 3 tahun iteww....

Goshhhhhh...kid these days....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 12:09 PM | Show all posts
why not benarkan dorang tapau makanan yang dorang dah amik ke meja sahaja..
dari terbazir dibuang, suruh dorang bawak balik plus charge packaging..
so next time beringat bila amik makanan tu biar berpada..
masing-masing bila buffet macam kebulur tak makan seribu tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:14 PM | Show all posts
stingeramadhan replied at 30-3-2023 11:59 AM
A cooked food should be consumed within 5-6 hrs max after being cooked mengikut piawaian yg telah  ...

aku rasa guest yg nak wat balik tapau tu kena sign agreement dulu lah..kalo jadi apa2 food poisoning ke ,cerry berry ke pihak wtc x btanggungjawab gitu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:14 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-3-2023 12:09 PM
why not benarkan dorang tapau makanan yang dorang dah amik ke meja sahaja..
dari terbazir dibuang, s ...

Can you imagine seeing burj al khalifa at every table sebelum azan jika dibenarkheun pengunjung utk tapau apa yg telah mereka ambil ke meja mereka sahaja?
Tanya anak jiran aku yg 3 tahun...

Wallahhuaklam
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:18 PM | Show all posts
stingeramadhan replied at 30-3-2023 12:14 PM
Can you imagine seeing burj al khalifa at every table sebelum azan jika dibenarkheun pengunjung ut ...

sebab tu i kata plus charge untuk packaging..
lagi banyak/besar packaging lagi mahal..

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:21 PM | Show all posts
tripleid replied at 30-3-2023 12:14 PM
aku rasa guest yg nak wat balik tapau tu kena sign agreement dulu lah..kalo jadi apa2 food poisonin ...

Making the guests sign anything does not take away your responsibility as organisers in taking all precautionary measures in preventing any sort of grievious consequences of food contamination/poisoning...by allowing them to tapau....hanya atas basis utk mengelakkheun pembaziran...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:24 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-3-2023 12:18 PM
sebab tu i kata plus charge untuk packaging..
lagi banyak/besar packaging lagi mahal..

Pihak penganjur hendak mengelakkheun pembaziran and at the same time charging the guest on top of the price that they have already paid for?

Unsur scam?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti org lain tak sempat nak makan, dia dah tapau sesiap dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:28 PM | Show all posts
stingeramadhan replied at 30-3-2023 12:21 PM
Making the guests sign anything does not take away your responsibility as organisers in taking all ...

dah tapau tu pandai2 lah letak mkanan tu dlm peti sejuk tak nak bagi basi.takkhuenn tu pun caterer nak kena ajar??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 12:31 PM | Show all posts
midori888 replied at 30-3-2023 12:25 PM
Nanti org lain tak sempat nak makan, dia dah tapau sesiap dulu....

Bak kata anak jiran aku...nak mengelakkheun pembaziran(jadi kawan setang)...kita buka ruang kemudaratan yg lebih besar dgn kita sendiri  jadi setang besar dgn mengambil sikap tamak pentingkhen diri kita sendiri...tidak pikirkheun ttg pengunjung lain...janji ration utk sahur utk kita sekeluarga dah siap tapau.....
Nauzubillah...

Wallahhuaklam....

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:37 PM | Show all posts
tripleid replied at 30-3-2023 12:28 PM
dah tapau tu pandai2 lah letak mkanan tu dlm peti sejuk tak nak bagi basi.takkhuenn tu pun caterer ...

Yg penganjur tak mahu pembaziran.....yg pengunjung tak mahu rugi.....

Bila sesuatu kemudaratan iteww terjadi...sehingga acapkali juga kita dengar akan isu kehilangan nyawa dek food contamination/poisoning...mula ler kita nyangkung dibucu meja...sambil merenung "dimanakeww silapku sehingga ahli keluargaku menjadi korban?"

Sesungguhnyer nilai agama iteww adaler mencegah dari merawat.....


Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:38 PM | Show all posts
murah rezeki org tersebut

tempat kwn iols pn penah buat gitu
thn ni tak pasti.. dlm 930pm mcm tu dh boleh mula tapau makanan yg tinggal
plastik disediakan.. yelah drpd simpan makanan tu, baik bg pd yg dtg
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok leh bawa bekas sendiri ke?
Pandai hotel buat biz sampingan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.234278 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list