CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2513|Reply: 11

[Tempatan] RM500 sehari dengan hanya mengemis di Melaka

[Copy link]
Post time 30-3-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode
RM500 sehari dengan hanya mengemis di Melaka

https://www.bharian.com.my/berit ... medium=terkinitabhp

Oleh Nuraliawati Sabri - Mac 30, 2023 @ 10:12am
[email protected]


Antara barangan yang dirampas polis dalam Op Pengemis di bazar Ramadan sekitar Melaka. - Foto PDRM

MELAKA: Hanya 'menjual' nama sekolah agama, sindiket yang menjalankan aktiviti mengemis di bazar Ramadan sekitar negeri ini, dikatakan mampu meraih pendapatan sehingga RM500 sehari.

Ia terbongkar menerusi Op Pengemis yang dijalankan secara bersepadu oleh pasukan Polis Kontinjen Melaka bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sindiket ini didakwa menyamar sebagai wakil membuatkan kutipan, kononnya untuk pembinaan sebuah sekolah agama di selatan Thailand.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata operasi itu dijalankan susulan menerima maklumat awam dan juga tular mengenai aktiviti mengemis membabitkan warga asing bukan sahaja di bazar Ramadan tetapi juga pusat beli belah dan pasar raya sekitar Melaka.

Beliau berkata, sejak operasi itu bermula pada Selasa (28 Mac) sehingga 7.30 malam tadi, seramai tiga lelaki warga Thailand dan seorang warga tempatan berusia antara 33 hingga 46 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan mengemis.

"Hasil siasatan awal dijalankan, polis mendapati lelaki tempatan berusia 35 tahun itu adalah dalang utama yang didakwa bertanggungjawab membawa warga asing itu ke Melaka dengan menggunakan kenderaannya sendiri untuk tujuan mengemis.

"Malah dia turut didakwa bertanggungjawab menguruskan tempat tinggal kesemua pengemis ini di sebuah hotel di Jalan Tun Perak," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan juga mendapati sindiket ini mampu memperoleh kutipan sehingga RM500 sehari.


Antara barangan yang dirampas polis dalam Op Pengemis di bazar Ramadan sekitar Melaka. - Foto PDRM

"Mereka ini menyasar tapak bazar sekitar Melaka sebagai lokasi utama mereka melakukan aktiviti mengemis ini dan mampu memperoleh kutipan antara RM400 hingga RM500 sehari.

"Mereka mendakwa kononnya kutipan itu untuk pembinaan sekolah agama, namun ia dilakukan tanpa mendapat kebenaran," katanya.

Zainol berkata, selain tangkapan turut dirampas sejumlah wang tunai berjumlah RM736 dan dokumen digunakan bagi tujuan memperdayakan orang ramai.

"Kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 10:54 AM | Show all posts
Ada pengemis pergi kerja naik teksi fixed booking.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 10:57 AM | Show all posts
bodoh kan org kita...bg duit senang2 kat pengemis ni...pdhal....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:08 AM | Show all posts
That is why meolls hati kering tak bagi sedekah kat pengemis jalanan. Meolls derma melalui onloine trf je cth meolls derma ke Al Baakah kepunyyan Ustaz Kazim pojaan hatiku gitu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:10 AM | Show all posts
Org Mesia kan pemurah demi nak kan saham akhirat. Hujung2 merempan gaji bulan2 tak cukup
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:10 AM | Show all posts
rasanya yang orang buta jual tisu dekat kedai makan pun dapat banyak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2023 11:15 AM | Show all posts
atai replied at 30-3-2023 03:10 AM
rasanya yang orang buta jual tisu dekat kedai makan pun dapat banyak..

itu pun weols jarang sangat bagi. firstly, kekadang weols tengah sedap berbual, diorang ni main serbu je sambil bagi salam.
keduanya, weols pernah jumpa aunty cina jual tisu (bukan minta sedekah), untuk pocket tisu 3 pek RM1.00. kalau orang kita jual, 1 pek RM1.00

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 30-3-2023 12:14 PM
mejaputih replied at 30-3-2023 10:57 AM
bodoh kan org kita...bg duit senang2 kat pengemis ni...pdhal....


Memang bodoh.

Bila beli produk tempatan, kraftangan tempatan minta diskaun, minta kurang.

Dengan wargasing bagi duit free free je.

Melayu gambar profile bertudung buka tiktok nampak orang USA jual live tumbler terus komen Camne Nak Beli, Camne Nak Beli.....cam kimak...takda beg kuning dalam tiktok sampai merayu kat Minah Blonde tu letak beg kuning. Dah perangai gampang pakej dengan bodoh sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 30-3-2023 02:18 PM
mejaputih replied at 30-3-2023 10:57 AM
bodoh kan org kita...bg duit senang2 kat pengemis ni...pdhal....


Nanti bila dah xde duit diorg mintak kat kerajaan plk...Bila ada duit xnk menabung dok sibuk mengkayakan org asing...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nanti jawapannye, biar la. tu antara die dgn tuhan. janji dpt pahala kan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 02:29 PM | Show all posts
alah dekat utube fb pun iols meluat tgok org duk mintak2 derma bagai pastu ckap pasal pahala n saham akhirat. derma pun boleh jd iklan skrg. mcm2..

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok Arab derma 1MDB tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 63873 Replies : 1986
Dakwaan pereka fesyen 'tabur duit' untuk tutup kes buli ke atas pekerjanya
maklukpenggodaDakwaan pereka fesyen 'tabur duit
Views : 1469 Replies : 1
Kroni siapakah?
maklukpenggodaKroni siapakah?
Views : 18506 Replies : 23
Tukar Setiausaha Kerajaan Negeri kali ke-5, apa yang sedang berlaku?
maklukpenggodaTukar Setiausaha Kerajaan Negeri kali ke
Views : 25825 Replies : 20
Kehebatan Raja Ema
maklukpenggodaKehebatan Raja Ema
Views : 35552 Replies : 38
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32497 Replies : 30
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 7103 Replies : 19
Tesla buat hal lagi, 4 terbunuh
maklukpenggodaTesla buat hal lagi, 4 terbunuh
Views : 27120 Replies : 16
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 106855 Replies : 6029
Bukan acik forum, Rosyam tetap saman
maklukpenggodaBukan acik forum, Rosyam tetap saman
Views : 13092 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041861 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list