CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3908|Reply: 1

[Sarawak] MAG tambah penerbangan ke Sarawak sempena Aidilfitri, musim cuti sekolah

  [Copy link]
Post time 30-3-2023 07:39 AM | Show all posts |Read mode


Lee bergambar kenangan selepas menerima kunjungan daripada MAVCOM dan MAG di Kuching pada Isnin.

KUCHING: Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) akan menambah bilangan penerbangan ke Sarawak bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri dan musim cuti sekolah akan datang.

Menteri Pengangkutan Sarawak (MOTS) Dato Sri Lee Kim Shin berkata, keputusan itu dibuat bagi memenuhi keperluan pengangkutan masuk dan keluar dari Sarawak menerusi udara.

“Malaysia Airlines Berhad (MAB), Firefly dan MASWings masing-masing akan menambah penerbangan masuk dan keluar dari Sarawak dan domestik.

“Terdapat peningkatan penerbangan daripada pihak MAB semasa sambutan Hari Raya. Ia melibatkan 14 penerbangan tambahan bagi laluan Kuala Lumpur-Kuching bagi tempoh 18 April hingga 7 Mei.

“Sementara laluan Kota Kinabalu-Kuching ditambah satu penerbangan pada 20 April ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 16 Mei depan, Lee berkata syarikat penerbangan Firefly akan melancarkan penerbangan harian bagi laluan Kota Kinabalu-Kuching dan Miri-Kuching.

Manakala MASWings pula katanya, telah melancarkan penerbangan baharu dua kali seminggu dari Miri ke Long Banga pada 26 Mac.

“Mereka juga telah membuka penerbangan tambahan ke Limbang dari Kuching semasa sambutan Hari Raya ini bermula 18 April hingga 26 April.

“Penerbangan ini juga akan ditambah pada festival Gawai Dayak bermula dari 28 Mei hingga 4 Jun,” ujar Lee.

Katanya, kesemua perkara itu dipersetujui pada pertemuan antara Kementerian Pengangkutan Sarawak, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan MAG pada Isnin.

Terdahulu, Pengurus Kawasan MASWings Chali Awang memberi taklimat mengenai perkhidmatan udara luar bandar (RAS) dan cadangan rangkaian pelan jangka panjang 'Hybrid Flexi 3.0' untuk RAS di Sarawak.

Berikutan itu, Lee mengetengahkan isu tambang penerbangan untuk RAS dalam Sarawak, menerusi aduan yang diterima kementerian mengenai penerbangan Miri-Mukah-Kuching berharga melebihi RM1,000.

Beliau turut menasihati MASWings supaya mencadangkan jadual baharu dan kekerapan penerbangan Miri-Mulu berikutan keadaan cuaca yang unik mengehadkan waktu operasi penerbangan.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Tetap MOTS Dato Alice Jawan, Ketua Penerbangan Zulkarnain Rosli, Penasihat Teknikal Penerbangan Sio Yew Hua, pengarah Pembangunan Penerbangan MAVCOM Jaffar Derus Ahmad, Penyelaras MAVCOM RAS Karen Leiking, Ketua Pegawai Operasi MASWings Suresh Singam, Pengurus Kanan MAG  Nita Malek dan Ketua Pegawai Operasi Firefly Hamdan Che Ismail.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 09:29 AM | Show all posts
Tahniah diucapkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.468647 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list