CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2824|Reply: 0

Jerman bakal tampil watak berbeza

[Copy link]
Post time 23-3-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode

JERMAN berdepan kekecewaan di PIala Dunia apabila tersingkir awal. FOTO AFP

Berlin: Skuad Jerman sedang berusaha ke arah membentuk persefahaman dengan beberapa muka baharu sejak beberapa hari lalu menjelang saingan Euro 2024 di halaman sendiri, kata penyerang Niclas Fuellkrug.

Jerman akan menerima kunjungan Peru pada awal pagi Ahad sebelum menentang Belgium pada 28 Mac untuk perlawanan persahabatan antarabangsa mereka bulan ini.

Jerman, yang tersingkir pada peringkat kumpulan kali kedua berturut-turut di Piala Dunia dekat Qatar pada Disember tahun lalu, cukup teruja untuk menjadi tuan rumah Euro 2024.

Flick memanggil lima muka baharu iaitu Kevin Schade dari Brentford, Josha Vagnoman (VfB Stuttgart), Mergim Berisha (Augsburg), Felix Nmecha (VfL Wolfsburg) dan Marius Wolf (Borussia Dortmund) selain tidak menyenaraikan pemain veteran, Thomas Mueller.

"Kami berada pada tahap di mana kami kini perlu berkembang sebagai satu pasukan dan saya mahu menjadi sebahagian daripadanya," kata Fuellkrug, yang membuat penampilan sulungnya pada November 2022, beberapa hari sebelum Piala Dunia di Qatar.

"Dalam sesi latihan pertama minggu ini, semuanya adalah mengenai persefahaman pemain baharu dan untuk memahami semula falsafah kami.

"Jurulatih menganalisis segala perkara dengan baik, mereka menunjukkan di mana kesilapan (di Piala Dunia). Kami sudah membincangkan banyak perkara dan berharap dapat menunjukkannya kepada anda dalam dua perlawanan akan datang," tambahnya.

Jerman, juara Piala Dunia empat kali dan juara Eropah tiga kali, tersingkir awal dalam tiga kejohanan terbaru mereka, termasuk Euro 2020 pada 2021 di mana mereka tewas kepada England dalam pusingan 16 terakhir.

Sebagai tuan rumah Euro pada 2024, mereka tidak perlu melalui kempen kelayakan tetapi perlu menyediakan pasukan dalam tempoh 15 bulan akan datang yang mampu berdaya saing di pentas antarabangsa, bermula dengan perlawanan persahabatan bulan ini.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ampil-watak-berbeza
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.049569 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list