CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2371|Reply: 0

[Tempatan] Ramadhan Pertama: Bazar Ramadhan

[Copy link]
Post time 23-3-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Mulotkoyak at 23-3-2023 03:05 AM

Khamis 23/03/2023 maka bermulalah umat Islam menjalankan ibadah puasa di seluruh dunia. Bagi umat Islam di Malaysia tidak melepaskan peluang berjemaah beramai-ramai ke masjid dan surau bagi menunaikan solat terawih yang hanya setahun sekali sahaja.

Bagi peniaga inilah kesempatan yang ada ubtuk menambahkan pendapatan masing-masing. Tidak kiralah juadah berbuka puasa, kuih raya dan barangan raya yang lain seperti pakaian, cadar dan perfumes.

Harga adakah masih sama seperti dulu atau seperti tahun lepas? Kualiti semakin meningkat atau sama? Atau yang lebih parah makin teruk atau sekadar mahu untung?

Berniaga hanya sekadar mahu untung inilah yang sangat berbahaya dan scam masyarakat terutama bab makanan. Mahal tapi kualiti dan kuantiti teruk. Bukan itu saja, yang berniaga makanan ini belum tentu seorang yang pandai masak tetapi hanya kejar keuntungan sahaja. Dengan alasan harga barang sudah naik.

Sebenarnya sebagai peniaga bukan itu alasannya. Walaupun harga barang sudah naik tetapi kualiti perlu dijaga juga. Bukan lauk semalam atau yang dah basi. Itu bukan tiket untuk berniaga. Kebersihan juga harus dijaga. Terutama ditrmpat memasak. Pembuangan sampah yg teratur. Kemas selepas selesai berniaga. Simpan barangan perniagaan agar tidak tercemar.

Air dari sumber yang bersih dan masak. Jual air pun kena masak. Bukan air paip. Sudahlah air paip mahal pula tu.

Makanan sentiasa ditutup.  Tangan sentiasa dicuci. Basuh segala utensil sebelum guna. Dapatkan suntikan thypoid.

Harga dibazar sepatutnya tidak terlalu mahal sebab bukan berniaga dikedai yang perlu sewa mahal untuk satu kedai.

Layan pelanggan dengan baik,  hornati mereka. Begitu juga pelanggan ucapkan terima kasih.

Parking kereta dan motosikal ditempat yang sepatutnya. Bukan menghalang lalulintas. Jangan bersikap pentingkan diri. Sabar. Bulan puasa semua orang lapar dan panas sebab semua akan cepat marah. Dari segi psychology nya memang begitu,  kita sukar mengawal emosi kemarahan kuta. Atau lebih baik jangan datang ke bazar jika sikap anda buruk dan tidak boleh dikawal dan mengikut undang-undang. Masak dirumah lebih murah sedap dan jimat.

Barangan raya seperti pakaian raya sepatutnya belilah ikut kemampuan. Tidak salah downgrade kan harga janji kualiti bagus.

Memang banyak peniaga masa ini mengambil kesempatan untuk untung. Itulah namanya Melayu. Kita akan berjumpa pelbagai ragam peniaga dengan seribu alasan untuk untung. Ditambah pula yang ada link dengan retis Malaysia.

Simpan duit untuk perayaan,  untuk sanak saudara,  berbelanja dengan saudara lagi baik. Simpan untuk anak sekolah dan perbelanjaan selepas raya itu lebih afdal.

Apa komen anda tentang gerai yang anda sudah pergi?  Boleh komen dibawah lokasi dan kedai apa. Pujian atau kecaman?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059368 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list