CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3110|Reply: 0

JDT cari pemain wanita

[Copy link]
Post time 20-3-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode

TMJ mahu memiliki pasukan wanita di bawah pengendalian kelabnya sendiri.

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) kemungkinan besar akan menguasai semua peringkat bola sepak di negara ini apabila mereka mencari pula pemain wanita untuk diserap dalam 'keluarga' besar skuad Harimau Selatan.

Hal ini kerana, pemilik JDT Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Twitternya bertanyakan mana-mana pemain wanita yang berminat bermain bersama JDT.

PERANCANGAN Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk menubuhkan pasukan bola sepak wanita dijangka akan menjadi kenyataan satu hari nanti.

"Memang dalam perancangan. Ada sesiapa nak main untuk pasukan wanita JDT?," katanya. Tunku Ismail berkata demikian ketika menjawab mengenai harapan pemain bola sepak wanita kebangsaan, Steffi Sidhu yang mengimpikan kelab gergasi Liga Malaysia itu akan menubuhkan sebuah pasukan wanita JDT.

Mengikut rekod, Tunku Ismail sebelum ini pernah mendedahkan mahu memiliki pasukan wanita di bawah pengendalian kelabnya sendiri sebagai kemajuan dalam dunia sukan.

Tunku Ismail menjelaskan perkara itu akan direalisasikan selepas kelab JDT mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi menampung dua pasukan bola sepak bagi mewakili negeri Johor.

Jika harapan itu dapat dilaksanakan kemungkinan besar penyokong bola sepak tanah air boleh melihat kebangkitan skuad wanita negara di peringkat antarabangsa.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -cari-pemain-wanita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.045086 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list