CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5092|Reply: 5

Rumah Keluarga Syafeek Ikhwan Dirompak- Beg Tangan Mewah RM10 Ribu Lesap, Duit Tunai Dan Kelengkapan Sekolah Dicuri

[Copy link]
Post time 20-3-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Keluarga Syafeek Ikhwan terpaksa menanggung kerugian lebih RM10,000 selepas kediaman mereka yang terletak di Kuala Selangor dipecah masuk pencuri pada malam Ahad.


Syafeek atau Muhammad Syafek Ikhwan Ghazali, 35, berkata, apa membuatkan dia lebih ralat apabila beg tangan jenama mewah yang dihadiahkan kepada ibunya tahun lalu turut lesap.


Foto: IG




"RM10,000 itu adalah nilai beg tangan itu dan juga wang tunai. Pencuri itu turut mengambil barang kemas milik ibu saya namun belum dapat kira lagi berapa jumlah yang hilang itu.


"Syukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Namun agak sedikit ralat apabila beg tangan itu yang diambil. Dalam banyak-banyak beg tangan, hadiah pemberian saya pula yang hilang," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.


Syafeek yang mendapat perkhabaran tentang berita tersebut pada awal pagi bergegas pulang ke rumah keluarganya untuk melihat keadaan sebenar dan juga membuat laporan polis.










Bercerita lanjut, kata Syafeek pencuri berkenaan dipercayai masuk melalui tingkap hadapan rumah mereka dan keluar menerusi pintu belakang.


Bagaimanapun keluarganya tidak pasti sama ada kejadian tersebut dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan.




  



"Ibu, ayah dan seorang anak buah saya baru sahaja berpindah ke sini sejak tiga bulan lalu. Jadi dari segi keselamatan rumah memang belum sempurna kerana grill pun belum pasang.


"Ibu dan ayah memang tidak sedar langsung ketika kejadian berlaku. Cuma anak buah saya kata dia perasan orang masuk ke bilik namun mengabaikannya.


"Kata orang kejadian seperti ini sudah banyak kali berlaku di kawasan sekeliling, cuma sebelum ini berlaku pada waktu siang dan mangsa turut dipukau," kongsinya.




  



Sementara itu, Syafeek juga memberitahu ibunya kini masih dalam keadaan terkejut dan mula bimbang untuk terus tinggal di kawasan tersebut.


Dalam masa masa anak buah Syafeek yang berusia 10 tahun terpaksa membatalkan hasrat untuk memulakan sesi persekolahan pada Isnin kerana kehilangan beg serta kasut baharu.




  



"Benda dah jadi, apa boleh buat. Tapi ibu saya memang tidak tenang sebab kejadian ini. Dia mula rasa bimbang untuk terus tinggal di sini.


"Kesian juga anak buah saya yang tidak dapat ke sekolah sebab beg dan kasut baharu yang hilang," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2023 11:58 AM | Show all posts
beg tangan mewah 10 qibu... tapi awat belakang tu marhaennya? heols ni kah yang kena gosip jenis menonggeng kehausan sampai ke subuh?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 12:23 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 20-3-2023 11:58 AM
beg tangan mewah 10 qibu... tapi awat belakang tu marhaennya? heols ni kah yang kena gosip jenis men ...

hahahaa.... menongeng kehausan sampai ke pagi...
syedihnyyaa...

foto pun ala2 che ta.. ambil side kiri jer
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-3-2023 11:58 AM
beg tangan mewah 10 qibu... tapi awat belakang tu marhaennya? heols ni kah yang kena gosip jenis men ...

heshe belikan LV utk mak heshe dari pagheee kot?
tapi kalau 10k tu… dapat LV besa2 je kot.
ni ke yg katanya putus tunang hari tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 12:41 PM | Show all posts
iye2 je umah cam low cost  dan2 beg lv..tah pape la nonok sorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau perampok tu baca porom, harus diorang sumpah seranah si gayahrina Closet ni.
"Iya iya ajaaa 10k tas nya, huh! Apa apa'an sihhh, ini tas Aldo Rino aja deh, dikata'in 10k. Sialan loh!"
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.041596 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list