CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10612|Reply: 5

[Tempatan] Jangan hairan kalau terjumpa orang Islam di gereja Sabah!

[Copy link]
Post time 17-3-2023 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Ketika garis kesalahan agama dan kaum di Semenanjung semakin melebar, bekas ketua menteri Sabah Salleh Said Keruak mengingatkan rakyat negeri itu supaya mempertahankan budaya toleransi kaum  terhadap unsur ekstremis.

Dalam catatan di Facebook, katanya, katanya, kewujudan rumah ibadat berbeza agama di lokasi berhampiran antara satu sama lain, memberi gambaran jelas betapa amalan toleransi kaum yang sangat tinggi di alangan masyarakat pelbagai etnik dan agama di Sabah.



Salleh berkata bagi rakyat Sabah, perbezaan kaum dan agama bukanlah penghalang untuk hidup bersama secara harmoni.

“Malah jangan hairan kalau terjumpa orang Islam yang berkunjung ke majlis perkahwinan penganut Kristian yang diadakan di gereja.

“Amalan kesederhanan ini bukan menjadi isu di Sabah yang mempunyai lebih 30 suku kaum yang berbeza agama,” tambahnya.

Malah katanya, semangat kekitaan dan budaya saling menghormati ini adalah antara kunci kejayaan negeri di bawah bayu itu dalam mengekalkan perpaduan kaum dan kesederhanaan hidup.

“Marilah kita pertahankan amalan kesederhanan dan kesepakatan ini yang tidak mudah dipengaruhi dan diganggu gugat elemen yang ekstrem,” katanya.

Gesaan Salleh dibuat susulan kerajaan tindakan negeri Selangor yang menghalang program melibatkan orang Islam di rumah ibadat bukan Islam.

"Usaha tersebut (program toleransi antara agama) disambut baik oleh kerajaan negeri, namun program-program yang dianjurkan haruslah mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam (Jais) terutamanya melibatkan faktor perundangan.

"Peraturan telah menetapkan bahawa sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadat agama lain selain rumah ibadat Islam adalah dilarang sama sekali,” kata exco hal ehwal agama negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Ia susulan kekecohan oleh pihak pembangkang yang mendakwa Impact Malaysia menjalankan'evangelis Kristian’ menerusi  "Projek Artikel 11" yang melibatkan belia dengan mengunjungi rumah-rumah ibadat utama  sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat yang pelbagai di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh - yang kementeriannya mengawal selia Impact Malaysia - berkata tiada belia Islam terlibat dalam program itu.

https://www.malaysiakini.com/news/659045





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh kat Semenanjung pun sebenarnya ni benda biasa. Sebab bila ada wedding di gereja masa aiol kat Joho dulu, ada ja Melayu kengkawan pengantin yang attend. Tapi memang tak ramai la.

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 10:20 PM | Show all posts
ntahla.............
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Political.. biasalah sejak ada geng jadi pembangang!
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Di London ni bersepah orang islam di gereja yang hantar anak anak mereka ke nursery.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa 'SUH' buat 'KEMPEN'...senyap2 pi...suda la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.049546 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list