CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9261|Reply: 0

Lelaki Bertanduk Maut Di Usia 140 Tahun

[Copy link]
Post time 16-3-2023 07:10 PM | Show all posts |Read mode
SANA’A, YEMEN –  Seorang lelaki  Yemen yang sebelum ini menjadi perhatian ramai kerana mempunyai ketumbuhan seperti tanduk pada  sisi dahinya, meninggal dunia pada usia dipercayai 140 tahun.


The Sun melaporkan, Ali Anter yang dipercayai lelaki paling tua di Yemen digelar ‘lelaki bertanduk dua’ selepas mempunyai dua tanduk yang tumbuh pada kedua-dua sisi dahinya  selepas dia berusia 100 tahun.


Ketika salah satu daripadanya semakin besar, ia mula melengkung menyerupai tanduk kambing, manakala ketika dia meninggal dunia, tanduk tersebut dikatakan tumbuh sehingga ke paras mulutnya.




Foto: the Sun




Menurut laporan, Ali meninggal dunia tiga hari selepas satu rakaman video menunjukkan seorang individu tidak terlatih cuba memotong tanduk tersebut menggunakan alat yang panas.


Seorang ahli keluarga memaklumkan bahawa lelaki itu meninggal dunia disebabkan kesihatan fizikal dan mentalnya merosot akibat sakit tua.


Namun, ada dalam kalangan saudaranya mendakwa bahawa Ali sebenarnya meninggal dunia disebabkan prosedur pemotongan ketumbuhan itu yang telah mempercepatkan kematiannya.


Media tempatan melaporkan Ali berada dalam keadaan sihat dan mempunyai ingatan yang baik sehingga sekitar 2017 apabila keadaannya mula merosot.


Ketumbuhan yang muncul pada dahi Ali berkemungkinan merupakan sejenis tumor kulit yang terhasil daripada keratin, iaitu protein sama yang membentuk rambut dan kuku.


Ia timbul daripada lebihan kulit yang teruk serta sering berlaku dalam kalangan pesakit lebih berusia dan individu berkulit cerah. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.057843 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list