View: 4309|Reply: 12
|
Dr Zulkifli Cadang Tokoh Agama, Ulama Diberi Pengecualian Tauliah Mengajar
[Copy link]
|
|
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mencadangkan pihak berkuasa agama sama ada di Wilayah Persekutuan atau negeri perlu memberi pengecualian tauliah mengajar kepada tokoh agama atau ulama yang dikenali dengan kealimannya.
Beliau mengusul cadangan itu menerusi artikel terbaharu dikeluarkan menerusi portalnya, Maktabah Al-Bakri, hari ini berikutan isu tauliah agama yang tular ketika ini.
FB
Zulkifli berkata, tauliah khas itu perlu kerana sesuai kealiman serta kedudukan tokoh itu dalam sesebuah negara atau institusi oleh raja selaku Ketua Agama Islam atau mufti negeri berkenaan, apatah lagi di luar negara.
Beliau juga mencadangkan tauliah khas diberi kepada tokoh politik yang memegang jawatan dalam kerajaan Persekutuan dan negeri seperti Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri dengan syarat tiada isu politik kepartian disentuh.
‘Politik kepartian’ dimaksudkan adalah yang menyentuh mana-mana parti secara khusus, atau mana-mana individu dalam parti secara khusus, atau apa-apa perkataan yang dikira perlambangan mana-mana parti.
Selain itu, katanya, tauliah khas juga boleh diberikan kepada individu yang sudah dikenali akan keilmuannya dan diperkenankan oleh raja selaku Ketua Agama Islam atau diluluskan mufti negeri berkenaan, ulama setempat dan masyarakat tanpa ada sebarang keraguan.
Bagi memastikan isi penyampaian pemegang Tauliah Mengajar selari dengan undang-undang dikuatkuasakan, terutama dari sudut kualiti ilmu, pemantauan berkala turut diperlukan, sekali gus memastikan masjid dan surau tidak menjadi medan memecah-belahkan ummah atau pentas jenaka.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
'anda boleh mencadang,tapi kami kerajaan'.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Belibis at 15-3-2023 05:34 PM
Terdabel trabel pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana kita nak tau 'kealiman' ulama/ustaz tue? |
|
|
|
|
|
|
|
Exco2 kerajaan negeri mana hat ada ulama? |
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun replied at 15-3-2023 08:02 PM
Mcm mana kita nak tau 'kealiman' ulama/ustaz tue?
Pemes = alim
|
|
|
|
|
|
|
|
macam mana nak ukur kealiman tokoh agama tu?
kata buat baik amal ibadat tak boleh tunjuk. nanti riak.....
ops....
sorry kalau sentap. |
|
|
|
|
|
|
|
PU, daie segala tu tidak termasuk, kan? Perghh cukup2 la validation sekadar drp reality tv |
|
|
|
|
|
|
|
Weller replied at 15-3-2023 08:50 PM
macam mana nak ukur kealiman tokoh agama tu?
Mungkin dari tahap kelulusan, dan juga penulisan kitab agama yg dihasilkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana de berani bg tauliah nti x pasal2 kena hentam kaw2 dlm ceramah kena setepek lg haruu |
|
|
|
|
|
|
|
asalkan tidak ada campuran politik..tapi ada ke>??? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi haritu ikut penjelasan UAI, siapa yang takde tauliah negeri, boleh mohon one off tauliah sementara kan? Sistem tu dah ok sebenarnya tapi bila kelulusan di tangan pihak pihak tertentu tu yang bermasalah.
Tak wajar kot asal famous je terus takyah tauliah. Ni pun dah tak terbendung ajaran perl*s hehe |
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun replied at 15-3-2023 08:02 PM
Mcm mana kita nak tau 'kealiman' ulama/ustaz tue?
Kalau ustaz tu ada banyak bini macam nabi muhammad, maka terpaling alimlah beliau sis. Kau tak belajar kat sekolah ke sis?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|