CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2529|Reply: 0

[Perlis] Nelayan Perlis boleh tangkap semula siput retak seribu secara bersyarat

[Copy link]
Post time 15-3-2023 02:34 PM | Show all posts |Read mode
Nelayan Perlis boleh tangkap semula siput retak seribu secara bersyarat


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my





Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Negeri Perlis, Razali Saad berkata bahawa kerajaan negeri Perlis bakal membenarkan aktiviti penangkapan siput retak seribu dengan bersyarat. FOTO IHSAN JAPEN PERLIS




Kangar: Perlis bakal memberi semula kebenaran menjalankan aktiviti penangkapan siput retak seribu di perairan negeri itu selepas diharamkan sejak 1986.

Sebelum ini, ia diharamkan berikutan kegiatan itu menjejaskan ekosistem hidupan laut di perairan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Razali Saad berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk mengeluarkan permit aktiviti berkenaan secara bersyarat.

"Kita (kerajaan negeri) bersetuju untuk keluarkan permit tangkapan siput retak seribu namun ia adalah dengan bersyarat kerana kita melihat keperluan sumber laut Perlis ini untuk dimanfaatkan dan dinikmati oleh masyarakat nelayan di negeri ini.

"Oleh itu, pengeluaran permit tangkapan siput retak seribu akan diberikan secara terhad kepada nelayan berlesen dengan 20 kuota pengeluaran permit di pangkalan sedia ada.

"Selain itu, kawasan pengoperasian tangkapan siput daripada spesis ini juga diletakkan pada Zon A, hanya pada jarak satu hingga lima batu nautika, selain muatan sampan dan kapasiti enjin pula ditentukan oleh pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Abu Bakar Hamzah (PN-Kuala Perlis) pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis ke-15 di Kompleks Dun Perlis, Persiaran Wawasan di sini, hari ini.

Abu Bakar bertanyakan tindakan kerajaan negeri berhubung pencerobohan nelayan dari Kedah dan Thailand yang berleluasa menangguk siput retak seribu meskipun aktiviti itu diharamkan di negeri ini.

Malah, penceroboh menjadikan perairan Perlis sebagai lubuk untuk menangguk siput daripada spesis itu.

Kata Razali, nelayan bagaimanapun hendaklah menggunakan tangguk bergalah dengan panjang dihadkan lima meter sahaja.

"Selain itu, waktu pengambilan siput pula dibenarkan bermula daripada jam 6 pagi sehingga jam 6 petang sahaja.

"Langkah ini sebagai mengekang pencerobohan nelayan dari Kedah dan Thailand yang bermaharajalela mengaut sumber laut Perlis yang dianggap 'perairan emas' menyebabkan nelayan tempatan terjejas," katanya.

Pada masa sama, Razali menambah bahawa berdasarkan pada laporan Institut Perikanan Penyelidikan Kampung Acheh (FRIKA), taburan populasi siput retak seribu membabitkan 19 lokasi di perairan Perlis dengan anggaran berat 493 tan matrik.

"Harganya pula dianggarkan sekitar RM4 sekilogram dan nilainya dianggarkan mencecah RM1.9 juta," katanya.



Disiarkan pada: Mac 15, 2023 @ 2:24pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.150796 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list