CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5649|Reply: 0

Liga Super: JDT tunjuk belang benam Kelantan FC 5-1

[Copy link]
Post time 12-3-2023 06:45 AM | Show all posts |Read mode

ARIF AIMAN berjaya mengawal bola dari dirampas pemain pertahanan Kelantan FC, Muhammad Yusri Yuhasmadi pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.-Foto RAJA JAAFAR ALI

Liga Super: JDT tunjuk belang benam Kelantan FC 5-1

ISKANDAR PUTERI – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan mereka terlalu kuat buat The Red Warriors apabila mudah menjinakkan kelab Pantai Timur itu 5-1 pada aksi Liga Super, petang hari ini.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim di hadapan 24,404 penonton, skuad kendalian Esteban Solari itu tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit kedua setelah Arif Aiman Hanapi dijatuhkan kotak penalti.

Sepakan penalti yang diambil Fernando Forestieri berjaya dibaca penjaga gol, Nik Mohd. Amin Ahmad yang menepis sepakan itu namun Diogo Luis Santo pantas menyambar bola muntah lalu menendangnya ke dalam kotak penalti.

JDT berjaya menambah jaringan berpunca hantaran silang Corbin Ong kepada Diogo yang mendada bola itu kepada Endrick Dos Santos bagi melepaskan rembatan deras menewaskan Nik Mohd. Amin pada minit ke-26.

Pada minit ke-35, JDT mengulangi skrip sama gol kedua apabila menjana serangan dimulakan Corbin kepada Diogo, cuma kali ini disudahkan oleh Forestieri meletakkan JDT selesa di hadapan.

Gol yang diburu Harimau Selatan muncul jua pada minit ke-55 menerusi rembatan deras Juan Muniz dari jarak 30 meter yang membuatkan penjaga gol hanya terpukau tidak berganjak.

Serangan balas pasukan Kelantan dari sayap kanan membuah hasil setelah Ismaheel Akinade berjaya melepasi kawalan Feroz Baharudin melakukan larian ke dalam kotak penalti sebelum dijatuhkan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

JDT sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti setelah Nazmi Faiz Mansor diterjah dalam kotak penalti pada minit ke-80, Arif Aiman pantas mengambil bola dan menyudahkan sepakan penalti menewaskan penjaga gol Kelantan itu.-KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... am-kelantan-fc-5-1/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.511806 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list