View: 4996|Reply: 24
|
Ramona Zamzam Tak Gila Glamour, 17 Tahun Dalam Industri Bebas Kontroversi
[Copy link]
|
|
Ramona Zamzam bersyukur kerana bebas daripada sebarang kontroversi atau cerita panas sepanjang 17 tahun terbabit dalam industri hiburan.
Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Zamzam, 33, berkata dia memilih untuk tidak terpalit kontroversi kerana ingin menjaga maruah serta statusnya sebagai seorang ibu dan isteri.
Foto: IG
“Selesa sangat kehidupan sekarang bila bebas kontroversi dan saya faham zaman sosial media di mana semua orang dahagakan cerita kontroversi untuk yang gila glamour atau cipta kontoversi untuk naikkan nama, macam saya bukan daripada kategori itu.
“Ramona percaya dengan rezeki tuhan daripada awal kemunculan lagi, saya percaya pada niat dan kalau niat itu betul nak cari rezeki percaya la Allah akan berikan macam-macam.
“Kalau boleh saya memang tak mahu kontroversi ni sebab takut orang lupa yang Ramona ni isteri orang dan mak orang, saya tidak mahu letakkan tanggapan orang terhadap artis ni suka buat kontroversi... tambahan pula dengan kes Syamsul serta Hafiz lagi jadi saya tidak mahu dalam golongan itu,” kata Ramona kepada mStar. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
glamor ker??/
who are yousss??? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni lepas kahwin terus tenggelam ye.
Padahal cantik. Berlakon pun okay |
|
|
|
|
|
|
|
okok jerrrrrr..xde impak lagi dlm industri... |
|
|
|
|
|
|
|
Aii suka dia punya gelak .. best dia dlm sepahreunion |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa dh umur dia ya? Body slim je kalau beranak ramai pun takde hal ni body jenis menten.
Penah tgk sekali je lakonan dia, tp cite tu best kisah dia jd ibutunggal duk berdua ngn anak dia. Pastu dia mati tp anak dia tak bgtau org simpan dlm peti ais yg rosak kot.
Budak yg berlakon jd anak dia tu pandai berlakon.
Tak ingat apa tajuk cite tu, kisah sedih walau mcm seram juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia berlakon pun ok.
Cuma tang gelak...kalah cik ponti |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 10-3-2023 06:32 AM
Berapa dh umur dia ya? Body slim je kalau beranak ramai pun takde hal ni body jenis menten.
Penah t ...
Ye sedih cerita tu.
Anak dia sayang sangat maknya. Dia dah takde siapa2 lagi. Hari2 beli ais, beli arang...nak elak busuk mayat mak dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
Gelak bersepah. Tgk dia gelak, takde rasa nak gelak pon boleh jadi tergelak dibuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ada kontroversi juga kan sebelum kawen laki Pakistan nih
Lupa dah tapi ada gaduh2 rasanya
Gelak dia tu nampak kopiket gelak Pipah
Tak natural macam dibuat2
Sekian terima kasih ku pada mu |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya ada kontroversi pasal shisha jugak.
dia ni pandai cakap mandrin jugak kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 10-3-2023 11:13 AM
rasanya ada kontroversi pasal shisha jugak.
dia ni pandai cakap mandrin jugak kan?
Aduh macik lupa betul kontroversi dia
Kena g makan nasik dulu
Baru ingatan kembali jelas terang kot
Tapi memang dia ada isu panas
Lepas kawen dia tone down
Nanti ar kalau ingat macik datang kembali menghantui sini |
|
|
|
|
|
|
|
Punca Amyra Rosli putus tunang dengan Dazrin
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Mencari-Cari Apakah Punca Sebenar Dazrin Dan Amyra Membatalkan Perkahwinan Mereka, Nama Seorang Pelakon Cantik, Ramona Zamzam Tiba-Tiba Muncul
Ramona Zamzam. Image via blogspot.com
Rentetan isu pembatalan majlis pernikahan pasangan selebriti, Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini, nama pelakon Ramona Zamzam tidak semena-mena turut terpalit dalam kemelut yang berlaku.
gua.com.my
Kenapa Ramona Dikaitkan? Dia Dituduh Menjadi Punca Pasangan Tersebut Membatalkan Perkahwinan Mereka Gara-Gara Kontroversi Sekeping Gambar Yang Dimuat Naik Olehnya Bersama Dazrin Di Laman Instagram
Gambar kontroversi yang dimuat naik oleh Ramona ke laman Instagram-nya. Image via worldcdn.net
Ramona Terkejut Dengan Apa Yang Telah Berlaku Terhadap Dazrin Dan Amyra. Namun Begitu, Dia Sudah Menjangkakan Akan Menjadi Mangsa Tohmahan Dan Dituduh Sebagai 'Orang Ketiga'.
Ramona sudah menjangkakan orang ramai akan menuduhnya menjadi punca keretakan hubungan Dazrin dan Amyra. Image via worldcdn.net
"Saya terkejut mendengar berita tentang Dazrin dan tunangnya Amyra Rosli membatalkan perkahwinan mereka dan saya sudah menjangkakan akan menjadi mangsa dituduh sebagai pihak ketiga kerana saya orang terakhir yang digosipkan dengan dia."
mstar.com.my
Jelas Ramona, Gambar Tersebut Bukanlah Aksi Yang Keterlaluan Dan Diambil Di Lokasi Penggambaran Telefilem Bingkai Kaca Lakonan Mereka. Tambahan Pula, Mereka Berdua Sudah Lama Kenal.
Dazrin dan Ramona digandingkan dalam telefilem Bingkai Kaca. Image via worldcdn.net
“Saya dan Dazrin sudah kenal lama sejak saya masuk dalam industri lagi malah kami sering kali digandingkan untuk berlakon bersama sebagai pasangan kekasih. Kalau benar-benar saya ingin menganggu hubungan mereka ia pasti sudah lama berlaku, apa yang saya marah apabila peminat Amyra menghentam saya di Instagram dengan pelbagai kata-kata kesat sehingga saya terpaksa padamkan gambar tersebut agar ia tidak berpanjangan."
rotikaya.com
"Saya tidak takut berhadapan dengan media kerana saya tidak bersalah dalam hal ini, selepas gambar kami menjadi isu saya sangat marah dan tidak berhubung langsung dengan Dazrin hingga sekarang," katanya.
mstar.com.my
Sehingga Kini, Amyra Tidak Pula Menghubungi Ramona Dan Bertanyakan Mengenai Perkara Itu
Adakah kisah 'cinta tiga segi' ini akan menemui jalan penyelesaiannya? Image via bazookapenaka.com
“Amyra pun tidak pernah datang bertemu saya dan bercakap mengenai kontroversi yang pernah tercetus sebelum ini dan saya juga tidak pernah tahu atau mengambil tahu tentang hubungan dia dan Dazrin,” ujar Ramona lagi.
murai.com.my
Dazrin Memberitahu Pembatalan Majlis Tersebut Bukanlah Bermaksud Hubungannya Dengan Amyra Sudah Berakhir. Dia Juga Mengaku Masih Sayangkan Amyra.
Dazrin mengaku masih sayangkan Amyra. Image via wp.com
"Saya masih sayangkan Amyra. Cuma tarikh nikah Jumaat ini memang tak jadi. Ada banyak perkara yang perlu dibincangkan dulu."
myartis.com
"Saya tak mahu dianggap lepas tangan. Insya-Allah, selepas semua salah faham diselesaikan, mungkin akan ada tarikh lain. Saya juga minta maaf pada semua pihak," ujarnya yang menyangkal dakwaan pembatalan majlis disebabkan orang ketiga.
myartis.com
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 10-3-2023 11:21 AM
Punca Amyra Rosli putus tunang dengan Dazrin
Haaaaa betullllll
Mekasihhhhhh sayam
Tak sempat macik nak makan nasik dah dapat jawapan
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni watak jahat mmg sesuai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 10-3-2023 10:28 AM
Adakah 'Orang Ketiga' Punca Dazrin Dan Amyra Batalkan Perkahwinan? Tiada ribut, tiada petir, tapi tiba-tiba Dazrin dan Amyra batalkan perkahwinan.
By Farouq Johari — 07 Aug 2014, 04:41 PM — Updated over 8 years ago
Industri Hiburan Tanahair Dikejutkan Dengan Berita Pembatalan Perkahwinan Pasangan Selebriti, Dazrin Dan Amyra Yang Sepatutnya Berkahwin Pada 8 Ogos 2014
Dazrin dan Amyra sepatutnya bernikah pada 8 Ogos 2014 namun majlis tersebut dibatalkan. Image via malaysiaedition.net
Perkahwinan pasangan ini sepatutnya berlangsung pada Jumaat, 8 Ogos 2014 namun apa yang telah dirancang selama ini tidak akan menjadi kenyataan selepas ibu kepada bakal pengantin perempuan memaklumkan majlis tersebut sudah dibatalkan.
rotikaya.com
Untuk Makluman, Dazrin Dan Amyra Telahpun Melangsungkan Pertunangan Mereka Pada 25 Ogos 2013
Dazrin dan Amyra ketika bertunang pada 25 Ogos 2013. Image via akamaihd.net
Dazrin Kamarudin Telah Bertunang Dengan Amyra Rosli Dazrin Kamarudin telah pun bertunang dengan Amyra Rosli! Tahniah!
Read the full story
Perkara Ini Disahkan Oleh Ibu Amyra Sendiri, Norzaridah Ahmad Namun Punca Pembatalan Majlis Tersebut Tidak Didedahkan
Amyra dan ibunya, Norzaridah Ahmad. Image via sinarharian.com.my
"Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas persetujuan bersama."
ohbulan.com
"Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami," jelas Norzaridah Ahmad.
ohbulan.com
Amyra Turut Memilih Untuk Mengunci Mulut Mengenai Isu Itu. Dia Bagaimanapun Memohon Maaf Kepada Semua Pihak Kerana Terpaksa Membatalkan Majlis Perkahwinan.
“Saya minta maaf pada semua, majlis (nikah) kami pada 8 Ogos ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu," kata Amyra. Image via blogspot.com
“Saya minta maaf pada semua, majlis (nikah) kami pada 8 Ogos ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu."
hmetro.com.my
“Memang semua persiapan sudah siap tapi kad jemputan belum diedarkan lagi. Kalau ditanya sebabnya, maaf saya tak boleh kongsi, ia terlalu peribadi,” kata Amyra.
hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Celah mana takde kontroversinya
Nama pun donia retis |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|