CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6783|Reply: 7

Sanggup Ganti Tempat, Isteri Edar Dadah Selepas Suami Hidap Penyakit Kronik

[Copy link]
Post time 8-3-2023 05:46 PM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN – Seorang isteri sanggup mengambil alih aktiviti pengedaran dadah yang dilakukan suaminya sejak tahun lalu selepas lelaki itu disahkan menghidap sakit kronik termasuk jantung, kencing manis dan buah pinggang.


Bagaimanapun, kegiatan licik yang dilakukan pasangan berusia 42 dan 46 tahun itu terbongkar apabila mereka ditahan polis di kawasan Gelugor, di sini Ahad lalu.


Susulan penahanan suspek, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM282,464.


Foto: Kosmo




Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil pemeriksaan terhadap suspek wanita, polis menemui satu paket plastik mengandungi dadah jenis syabu seberat 310 gram bernilai RM31,000.


“Menerusi soal siasat yang dijalankan dan dipandu arah oleh tangkapan, polis telah menyerbu sebuah kondominium di Gelugor dan menjumpai sejumlah lagi dadah yang disimpan di situ,’” katanya dalam sidang akhbar di IPD TL di sini petang tadi.


Menurutnya, pasangan berkenaan mempunyai rumah sendiri di Batu Uban dan didapati menyewa kondominium tersebut berjumlah RM1,300 sebulan untuk dijadikan tempat penyimpanan serta pembungkusan semula dadah-dadah sebelum dijual.


“Di dalam kondominium ini, polis menjumpai tujuh paket plastik setiap satu berisi dadah syabu seberat 6,48 kilogram bernilai RM233,604.


“Polis turut menjumpai sembilan ketulan mampat daun-daun kering dadah ganja yang setiap satunya dibalut dengan plastik lutsinar seberat 6,28 kilogram dan lima paket plastik lutsinar setiap satu berisi daun-daun kering dadah ganja seberat 856 gram. Jumlah berat keseluruhan ganja adalah 7,14 kilogram dengan nilai RM 17,860,” jelasnya.


Katanyai, pasangan suami isteri itu tidak mempunyai anak dan mereka dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah dengan hanya menunggang motosikal.


“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua mereka positif dadah dan turut mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes dadah.


“Kes disiasat di bawah seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek kini ditahan reman bermula 6 sehingga 12 Mac ini. Polis turut menyita barang kemas dianggarkan bernilai RM12,800 dan kenderaan berharga RM11,000,” tambahnya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2023 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh..main pass pass je babe...
Dah penyakit gitu pung Masih juga hadap dadah
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 08:07 PM | Show all posts
Dah dibagi tanda pun masih tak insaf lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:25 AM | Show all posts
baguslah korg berdua xde anak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:31 AM | Show all posts


Kaum Tionghua ke?

Mcm bijak dgn tak ada anak, ada rumah + sewa kondo utk jadikan tmpt operasi.

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 11:39 AM | Show all posts
shernazz replied at 8-3-2023 07:48 PM
Pergh..main pass pass je babe...
Dah penyakit gitu pung Masih juga hadap dadah

kekadang ada orang confuse ujian dengan bala

mungkin dia ingat tu ujian hidup dia, jadi dia pun volunteer lah ganti nak teruskan kehidupan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Family business
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 9-3-2023 11:39 AM
kekadang ada orang confuse ujian dengan bala

mungkin dia ingat tu ujian hidup dia, jadi dia pun v ...

Kan

Kurang2 muhasabah diri
Tapi yang ni..iols speechless
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.396964 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list