CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 765|Reply: 4

Pengarah JAIM Minta Guru Tadika Ajar Tatacara Bersalaman Yang Betul

[Copy link]
Post time 6-3-2023 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Rata-rata kanak-kanak hari ini tidak lagi meletakkan tangan yang disalam pada hidung dan dicium, sebaliknya hanya diletakkan pada dahi atau pipi.


Justeru Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat meminta seramai 375 guru tadika di bawah agensinya agar mengajar tatacara bersalaman yang betul, sebagai salah satu elemen pendidikan.


Beliau berkata, pelaksanaan itu juga merupakan antara usaha JAIM bagi melahirkan generasi yang menyantuni ibu bapa serta individu lain dengan adab dan akhlak lebih tinggi.




SEORANG kanak-kanak menunjukkan tatacara bersalaman dengan meletakkan tangan yang disalam pada hidung dan dicium semasa Majlis Amanat Bersama Guru Tadika JAIM di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD





“Saya mahu semua guru tadika JAIM menerapkan tatacara bersalaman kepada anak-anak kecil ini iaitu meletakkan tangan disalam pada hidung dan dicium, bukan di dahi mahupun pipi.


“Sebelah tangan guru pula mestilah diletakkan atau memegang mesra pada bahagian kepala anak-anak itu untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Bersama Guru Tadika JAIM di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini, hari ini.


Tambah Che Sukri, JAIM turut meminta guru tadikanya mengamalkan kaedah pembelajaran berkonsepkan 3V iaitu vocal, visual dan voice.


Jelasnya, bagi menjayakan kemahiran 4M iaitu mengira, membaca, menulis dan menaakul, kaedah 3V dilihat berupaya menangani masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-anak.


“Bagi visual, guru boleh menggunakan kad abjad besar untuk menunjukkan kepada anak-anak bentuk huruf dan lontaran suara juga amat penting bagi memastikan mereka dapat menerima mesej dengan baik,” katanya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
La mmg x sopan ke letak kt dahi. Aku mcm lg selesa bg dahi dari hidung, sbb rongga hidung ni kn ada mukus la, ada kotoran la. Dahi ni mcm bg aku nk minta org tu bg restu lg ada la.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajar sekali anak perempuan x perlu dipaksa2 salam uncle atok yang bukan mahram dia. Yuckss
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 7-3-2023 09:01 AM
Ajar sekali anak perempuan x perlu dipaksa2 salam uncle atok yang bukan mahram dia. Yuckss

Yes… lagipun zaman covid penyakit mcm-mcm ni iols angguk tunduk hormat je cukup la…
Apa suruh cikgu tadika mak pak dia xreti ke ajar eh amenda laaaa…
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 7-3-2023 09:01 AM
Ajar sekali anak perempuan x perlu dipaksa2 salam uncle atok yang bukan mahram dia. Yuckss

Kan...lg satu ajar jgk jgn dok salam peluk cium sb bukan semua org suka dipeluk cium. Geli yukss...tak blh ke kita normalize je tangan letak kt dada mcm masa pkp dulu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.057177 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list