CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

Isteri Tegaskan, Presiden Joe Biden Tak Akan Jalani Ujian Kecekapan Mental

[Copy link]
Post time 6-3-2023 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Isteri Joe Biden, Jill Biden menegaskan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu tidaka kan menjalani ujian kecekapan mental dan menganggap idea agar ahli politik berusia lebih 75 tahun itu menjalani ujian berkenaan sebagai 'tidak masuk akal'.


Pada Februari, bekas Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley mengumumkan pencalonannya untuk bertanding pada pemilihan presiden 2024.




Bloomberg




Dalam ucapannya, beliau telah mencadangkan agar Biden menjalani ujian kompetensi.


"Tidak masuk akal...Kami tidak akan pernah membincangkan perkara seperti itu," kata Jill Biden sebagai mengulas sama ada suaminya akan mempertimbangkan untuk mengambil ujian itu andai dipilih semula pada 2024, lapor Sputnik.


Biden yang mencecah usia 80 pada November 2022 menjadi pemimpin tertua yang dipilih sebagai presiden dan mengangkat sumpah jawatan pada usia 78 tahun.


Jika Biden berhasrat untuk dipilih semula pada 2024 beliau akan berusia 86 tahun sebelum melengkapkan penggal kedua sebagai presiden.


Presiden sebelum ini diaporkan berkata, beliau akan berterus terang dengan rakyat Amerika jika mempunyai sebarang masalah kesihatan.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.634771 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list