View: 1083|Reply: 9
|
'Double Park' Tengah Jalan, Tak Tinggal Nombor Telefon- Ramai Kecam Sebab Dalam Kereta Ada Vest Polis
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Kecoh di media sosial apabila sebuah kereta yang didakwa milik anggota polis telah meletakkan ‘double parking’ (parkir berlapis) di sebuah kawasan rekreasi.
Menerusi perkongsian Hanake Shimizu di akaun Facebooknya, kereta berkenaan telah mengakibatkan kesesakan yang teruk kepada pengguna lain.
Tambah pula, tiada sebarang nombor telefon yang ditinggalkan, cuma yang ada hanyalah jaket polis di bahagian ‘dashboard’ kereta.
Foto: FB
“Ingin beriadah lepas itu ‘double park’ tengah jalan sampai jadi sesak teruk. Tidak tinggal nombor telefon tetapi letak ‘vest’ polis,” tulis pengguna tersebut.
Di ruangan komen ramai mengecam tindakan pemilik kenderaan yang kononnya seorang anggota polis kerana tidak bertanggungjawab kepada pengguna jalan raya lain.
“Jadi kalau letak jaket polis di ‘dashboard’ bolehlah letak kereta merata-rata?,” komen Muhammad.
“Awak sebagai orang atasan ini kena tunjuk contoh kepada masyarakat bukannya berkelakuan sebegitu,” komen Ilham.
“Ini mesti polis bantuan. Tak pun konstabel baru keluar rekrut bulan lepas. Jarang anggota lama atau pegawai perangai tayang ‘vest’ depan cermin macam ini,” komen pengguna yang lain pula. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
menaip smbil tersenyum sinis. amboi engkooo mentang polis amboiii engko |
|
|
|
|
|
|
|
Polis original takdenyer nak tayang vest gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
pecahkan je cermin
baling batu dari jauh
hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Mohtip letak vest kat situ?
Kengkonon nak bgtau ko polis so orang tak bising? Choi..elok pecahkan cermin kete TU Kasi angkat handbrake..tolak sampai hujung jalan |
|
|
|
|
|
|
|
otak letak kat mana tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
dia la terpaling polis dlm malaysia nie...kikikiki |
|
|
|
|
|
|
|
Napa perlu tutup no plate..sedangkan owner sendiri tonjolkan kebo… sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|