CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19090|Reply: 261

'Hadiah' Shuhada Sempena Hari Jadi Ke-29- "Jahit Bahagian Pipi Lagi Sakit Daripada Jahit Beranak"

[Copy link]
Post time 5-3-2023 06:54 PM | Show all posts |Read mode
10 jahitan di pipi 'hadiah' hari jadi - Nurul Shuhada


Nurul Shuhada menyifatkan 10 jahitan yang diterima pada bahagian pipi lebih sakit daripada melahirkan anak. - Foto Ihsan Melodi


KUALA LUMPUR: "Jahitan ini lagi sakit daripada melahirkan. Nasib baik tak kena dekat mata, nanti buta sebelah lagi susah," kata isteri pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri ketika mengulas mengenai jahitan diterima di wajahnya susulan insiden ditumbuk menerusi program Melodi yang disiarkan TV3, hari ini.

Nurul Shuhada mendakwa, apa yang dilakukan suami terhadapnya adalah petunjuk daripada Yang Maha Esa supaya dia dan anak-anak terus melangkah ke hadapan untuk membina kehidupan baharu.

Malah, Nurul Shuhada turut menganggap 10 jahitan yang diterima pada bahagian pipinya itu adalah 'hadiah' sempena ulang tahun ke-29.

"Selama ini, saya memang ditindas, cukuplah saya bagi muka dan bersangka baik. Apa yang sudah terjadi, Allah nak tunjuk saya memang tak boleh toleh ke belakang lagi.

"Saya perlu terus memandang ke hadapan dengan anak-anak saya, sama-sama ke depan. Cukuplah," katanya.


Penerbit Melodi, Michelle Wee (kiri) menemubual Nurul Shuhada bagi mengetahui perkembangan terkini susulan insiden ditumbuk suami, Hafidz Roshdi, baru-baru ini. - Foto Ihsan Melodi


Bagaimanapun, Nurul Shuhada berkata, dia tidak berniat untuk memutuskan hubungan antara anak-anak dan suami, selain mahu meneruskan kehidupan tanpa menyimpan sebarang dendam.

"Anak-anak memang tak diberitahu apa-apa lagi, saya tidak mahu memburukkan ayah mereka.

"Mereka perlukan seorang ayah dan saya tidak akan putuskan hubungan antara mereka," ujarnya.

Dalam masa sama, Nurul Shuhada berkata, dia yakin akan beroleh kebahagiaan selepas bergelut dalam episod hitam rumah tangganya itu.

"Walau berat macam mana pun saya kena terima. Kalau ujian orang ketiga memang sangat berat, Allah tambah lagi ujian yang lebih berat untuk saya. Ia membuatkan saya yakin akan bahagia dan berjaya dengan anak-anak.

"Allah akan bagi yang lagi baik, yang lagi hebat. Saya memang betul-betul meletakkan 100 peratus kepada Allah," katanya.

Keluarga Nurul Shuhada turut mendakwa wanita itu ditumbuk tiga kali selepas berlaku pertengkaran.

Sementara itu, polis dilaporkan akan memanggil suami Nurul Shuhada yang dilaporkan melakukan serangan itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, awal pagi Khamis lalu.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Nurul Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu.

Nurul Shuhada memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... -jadi-nurul-shuhada

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2023 06:55 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Bangkit dan jgn pandang blkg lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kesian.. tp byk ye benang shu ni. Xleh merge je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ada sesuatu yang michelle tunjuk kat shu dan adik shu sewaktu temubual melodi, kat phone michelle. ntah apa la tu ye. sebahagian info yang michelle bagitau, kena mute

shu respon, tak tau pasal tu, mana michelle dapat info tu etc. kalau silap, mohon betulkan ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumbukan sampai kena jahitan, aku rasa kuat gile kot sekali tumbuk tu.. moga yg ditumbuk mendapat keadilan, yg menumbuk pulak dpt pembalasan cash
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2023 07:06 PM | Show all posts
teruknya sampai macamtu sekali ko debik anak orang... dasar jantan dayus...

bagus shu... teruskan je langkah kehadapan dan tuntut nafkah untuk anak2...

harap2 si jantan tu kena sumbat ke dalam rumah si bainun tu biar dia siram kau pakai air coway panas...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 07:07 PM | Show all posts
ni lah masanya syarikat kosmetik yg claim boleh hilangkan parut bagai sponsor produk dekat shu yach
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur tak kena kat mata....
Tadi baca jantan tu dah kena tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 5-3-2023 11:07 AM
ni lah masanya syarikat kosmetik yg claim boleh hilangkan parut bagai sponsor produk dekat shu yach

Hahaha... tiber...
Betul gak...
Masa ni la nak tunjuk kehebatan produk² tu kan...
Kalau berjaya, saya pun nak beli...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila tgok shu kena tombok ni baru tpkir sarah dulu xda la smpai kena pukul2. Tp kesahnya tetap sama, tersakiti. Nk gtau 1 je  shu nmpk cntik glowing sgt2. Letak lipstik secalit dan pondesyen sikit, glow up terus. Muka dia manis sbnrya. So ready la pasni psang badan, rajin berhias, insyllh berderet2 syrikat lantik soh jdi duta, 1 kontrak pun dh juta2. Mcm apa yg jd pd sera. Slmt maju jaya shu, sukses dpt, pahala pun dpt. #bangkitlahwanita.. sedih pun ada tgok parut dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 07:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 07:23 PM | Show all posts
celaka betol Hafidz Roshdi ni...dah kena cekup dgn polis blom?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 07:26 PM | Show all posts
little_sis replied at 5-3-2023 07:03 PM
Tumbukan sampai kena jahitan, aku rasa kuat gile kot sekali tumbuk tu.. moga yg ditumbuk mendapat ke ...


Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
KirazMevsimi replied at 5-3-2023 07:01 PM
ada sesuatu yang michelle tunjuk kat shu dan adik shu sewaktu temubual melodi, kat phone michelle. n ...

Kalau tengok balik gerak mulut michelle tu dia ckp hamil. Dapat info dari klinik bla bla bla hamil. Try tengok balik. Sorry kalau salah. ????
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nurul_akmar replied at 5-3-2023 06:59 PM
Aku kesian.. tp byk ye benang shu ni. Xleh merge je ke?

Si TT ni lah jugak yg bukak benang banyak2..
Jadi menyampah pulak, kat 1st page je berapa banyak cerita pasal diaorg ni je, dari TT yg sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2023 07:27 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
anak_bunian replied at 5-3-2023 07:23 PM
celaka betol Hafidz Roshdi ni...dah kena cekup dgn polis blom?

Dah kena tangkap td uols. Semoga jantan tu ke dalam
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga ada lawyer yg bagus bantu shu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sedeh sgt dgr tgk keadaan die ..smoga shu trus kuat n dimurahkn rezeki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.093017 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list