CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18537|Reply: 9

[Dunia] Gempar bumi:TikTok Tidak Lagi Beroperasi Di AS Bermula Esok, undang-undang arahkan Apple dan Google alih keluar aplikasi TikTok daripada gedung aplikasi mereka,muat turun baharu disekat.

[Copy link]
Post time 18-1-2025 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TikTok Tidak Lagi Beroperasi Di AS Bermula Esok


Aplikasi TikTok tidak lagi akan beroperasi di Amerika Syarikat (AS) bermula pada Ahad susulan keputusan Mahkamah Agung AS yang mengekalkan undang-undang mengharamkan aplikasi media sosial tersebut, lapor AFP.

Pengharaman itu boleh ditarik semula jika kerajaan di bawah kepimpinan Joe Biden campur tangan iaitu dengan memberi jaminan undang-undang baharu yang menggesa larangannya tidak akan digunakan untuk menghukum penyedia perkhidmatan.

"Melainkan Pentadbiran Biden segera memberikan kenyataan muktamad untuk memuaskan hati penyedia perkhidmatan yang menjamin ketidakkuatkuasaan, namun malangnya TikTok akan dipaksa menghentikan operasi pada 19 Januari," kata TikTok dalam satu kenyataan.

Mahkamah Agung AS masih mengekalkan undang-undang yang disokong oleh Presiden Joe Biden dan Kongres pada Jumaat. Difahamkan, pemilik aplikasi tersebut, ByteDance, turut diberi pilihan sama ada menjual TikTok atau menghentikan operasi.

BACA: Terminal Bersepadu Gombak Bakal Beroperasi 16 Februari
"Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih dan Jabatan Kehakiman gagal memberikan kejelasan dan jaminan yang diperlukan

"Ia penting bagi penyedia perkhidmatan untuk mengekalkan ketersediaan TikTok kepada lebih 170 juta rakyat AS," kata TikTok selepas menerima keputusan Mahkamah Agung.

AFP memaklumkan keputusan sebulat suara mendapati undang-undang berkenaan tidak melanggar hak kebebasan bersuara di negara itu.

Bagaimanapun, ia telah memberi tamparan hebat kepada pemilik syarikat terbabit dan menimbulkan ketidakpastian mengenai apa yang akan berlaku sekiranya larangan itu dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, Mahkamah turut bersetuju dengan kebimbangan keselamatan negara tentang pemilikan aplikasi ByteDance iaitu syarikat dari China.

ByteDance dengan tegas menolak untuk menjual operasi di AS, seiring dengan pendirian yang turut disokong oleh Beijing, di mana mereka mengecam undang-undang terbabit sebagai tindakan 'kecurian'.

AFP berkata, para hakim mengakui bahawa TikTok menawarkan saluran yang berbeza dan luas untuk berekspresi, cara berinteraksi dan sumber komuniti kepada lebih 170 juta rakyat AS.


Mahkamah dan kongres menyimpulkan penjualan aset perlu dilakukan untuk menangani kebimbangan keselamatan negara, malah disokong dengan baik mengenai amalan pengumpulan data serta hubungan TikTok dengan musuh asing.

Walaupun larangan tersebut telah berlaku, Rumah Putih di bawah pentadbiran Biden memaklumkan ia tidak akan menguatkuasakannya, namun menyerahkan perkara terbabit kepada presiden akan datang iaitu Donald Trump.

Menurut AFP, Donald Trump yang menentang larangan itu melakukan perbincangan mengenai aplikasi TikTok dengan Presiden China, Xi Jinping pada Jumaat lalu.

"Keputusan Mahkamah Agung sudah dijangka dan semua pihak mesti menghormatinya," ujar bakal presiden AS menerusi Truth Social sambil mengatakan beliau memerlukan masa untuk mencari alternatif kepada larangan itu.

Sementara itu, undang-undang terbabit juga mengarahkan syarikat Apple dan Google untuk mengalih keluar aplikasi TikTok daripada gedung aplikasi mereka, selain menyekat muat turun baharu.

Kedua-dua syarikat ini boleh berdepan penalti sehingga AS$5,000 (kira-kira RM22,520) bagi setiap pengguna yang boleh mengakses aplikasi berkenaan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan dia extend lg 3 bulan ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Beramai2 american ni pindah g rednote apps china mari. Siap ade yg da pandai ckp mandarin.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
American baru tau yg diorg sebenarnya 3rd world country...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 02:38 AM | Show all posts
saya rasa kat malaysia pun patut diharamkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Malaysia patut kasi haram
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2025 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 18-1-2025 02:29 PM

Menggelupur tiktok kena banned... Puji communist....china banned american socmed and entertainment platform sudah lama... China tiada netflix.. Etc... Even search
engine seperti google....

Problem apabila over billion run they mouth
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 06:23 AM | Show all posts
Apa yg best tiktok nih semua bukak mulut je tiktok ke hulu tiktok ke hilir...i first time dgr dulu mcm pprt app je mmg tak pernah dan tak akan install  





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2025 06:26 AM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 19-1-2025 02:38 AM
saya rasa kat malaysia pun patut diharamkan

Setuju..dan ikut langkah Australia haramkan underage guna social media




Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia bila lagi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.241716 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list