CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

Perangai 'pelik' Arteta demi Arsenal

[Copy link]
Post time 4-3-2023 12:41 PM | Show all posts |Read mode

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta ketika pasukannya menang mengatasi Aston Villa di Birmingham, Britain. - EPA

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mendedahkan dia memakai pakaian yang sama ketika berada di tempat duduk pemain setiap kali pasukannya menang.

Arteta mengetuai pasukannya yang membuat kejutan mengetuai Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan lima mata berbanding pasukan tangga kedua, Manchester City.

Pakar taktikal dari Sepanyol itu menggunakan semua idea bagi membantu kelab utara London itu untuk menang gelaran pertama sejak 2004, termasuk kepercayaan yang pelik.

Pengendali berusia 40 tahun memakai baju, seluar dan kasut yang jelas sama selepas setiap kemenangan Arsenal, bermakna dia tidak menukar pakaianya sejak 15 Februari ketika tewas 3-1 kepada City.


Arteta memberitahu The Telegraph: "Saya sangat mengikut kaedah, orang yang ada rutin.

"Ketika kami menang, saya tidak suka menukar pakaian, saya suka mengekalkan baju yang sama, seluar dan kasut seperti sebelumnya. Jika kalah, saya menukarnya kepada sesuatu yang berbeza.

"Mereka memberi saya peluang untuk melakukan apa yang saya suka, di kelab yang sangat saya sayang, hormat dan kagumi. Saya gembira dengan apa yang saya lakukan, setiap hari.

"Jadi apabila saya ada keraguan atau rasa tekanan, saya akan kembali kepada perkara itu: Bagaimana perasaan anda terhadap apa yang anda lakukan? Dan ia rasa amat bagus."

Perwatakan pelik itu tempak berbalas apabila Arsenal menang 19 daripada 25 aksi EPL, satu melebihi mana-mana pasukan dalam liga utama itu. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... arteta-demi-arsenal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051751 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list