View: 3956|Reply: 18
|
Azhan Rani Terkejut Fasha Nak Sambung Berlakon, Takut Susahkan Kru
[Copy link]
|
|
Azhan Rani menjelaskan dia dan aktres Fasha Sandha sudah melakukan latihan untuk babak pergaduhan drama Anak Tuan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Bagaimanapun kata Azhan atau Azhan Abdul Rani, 47, kemalangan yang berlaku adalah diluar kawalan semua pihak dan ia berlaku tanpa disengajakan.
"Tidak banyak yang boleh saya katakan sebab perkara sudah terjadi. Tiada siapa yang mahukan kemalangan seperti ini berlaku.
"ihak produksi masing-masing sudah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan. Sesi latihan pun sudah kami lakukan.
"Segalanya hanya teknik sahaja tetapi kalau sudah tertulis, itulah suratan," katanya.
Foto: mStar
Azhan berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.
Pada Rabu lalu, Fasha mengalami kecederaan di bahagian mata kirinya selepas kepalanya terhentak di bucu katil ketika menjayakan babak bersama Azhan.
Akibat hentakan itu, tulang mata kirinya patah manakala bebola mata bengkak dan mengalami pendarahan.
Bagaimanapun Fasha tidak menyalahkan mana-mana pihak akibat kejadian itu dan menganggap ia sebagai kemalangan.
Bimbang dengan keadaan rakannya itu, Azhan berkata, dia sudah pun menghubungi Fasha namun bangga dengan semangat dan komitmennya terhadap kerja meskipun sedang sakit.
Malah dedah Azhan, Fasha turut meminta maaf kerana bimbang kejadian yang berlaku akan melambatkan proses penggambaran.
"Fasha sangat komited dan saya tahu dia sangat sayang dengan wataknya itu. Dia jatuh terkena bucu katil, dia yang minta maaf sebab takut lambatkan penggambaran.
"Semalam di hospital sewaktu menghubunginya dia minta saya stay sebab nak sambung penggambaran hari ini. Mujur produksi tangguhkan babak Fasha sampai dia betul-betul sembuh," jelasnya.
Berkongsi keadaan terkini Fasha, Azhan memberitahu dia dinasihatkan untuk tidak terdedah kepada cahaya selain perlu berehat secukupnya.
"Doktor pun nasihat jangan terlalu terdedah dengan cahaya. Jadi, berilah dia ruang rehat secukupnya.
"Nanti asyik kena tengok telefon, mata dia tak dapat nak rehat pula. Insya Allah nanti dia sembuh, banyak lagi boleh tanya dia," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik x buta. Kalau buta nak salahkan sapa? FS ni komited sangat dik. Ko sakit cacat x danya diorang nak simpati lebih2. |
|
|
|
|
|
|
|
Bak kata fizz fairuz.... Belakon amende la mcm ni smpi menyusahkan diri.... |
|
|
|
|
|
|
|
sama naik method la ni. nak effect kesan kena pukul tu.. korg blakon kt malaysia je plot ulang2 mcm tu jugak. xyah beriya. iols harap fasha ni voice out la isu ni sbb dia pelakon senior dihormati. kalau junior2 mcm reen, ben dgn sapa tu yg kena takik dgn ely tu sudahnya kena bambu balik je dgn pelakon acah2 ni dan pminat deyols. kalau fasha yg bersuara mungkin didengari. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la bajet2 menghayati sangat lakonan tapi takde class... masih pakai sistem baling2 anak orang untuk menghayati watak... padahal hollywood ke apa pun dah takde buat aksi contact untuk baling2 ke atau tampar ni... outdated betul lah produksi malaysia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Komited, komited jugak. Tapi klu dah cedera mcmtu, agak2 la.. Tapi klu dh tuan punya badan ok je, kita nak ckp apa kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
opie5662 replied at 2-3-2023 06:37 PM
Bak kata fizz fairuz.... Belakon amende la mcm ni smpi menyusahkan diri....
Yelah dia pun sama sampai patah gigi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tempat dia kene lempar tu takde tilam untuk sambut dia kene lempar? |
|
|
|
|
|
|
|
yeke produksi dah sedaya upaya elakkan kecederaan? kalau tgk props dlm bilik tu semua tak selamat. bucu katil tajam takde cover dgn tilam ke apa. tepi katil tu ada rak besi putih. ngeri tengok. iols mula2 ingat sheols tercucuk rak besi putih tu. memang la dah rehearsal sebelum take. pelakon pun dua2 professional. tapi pelakon ni kadang time berlakon diorg boleh naik sheikh. terlalu membawa watak sgt. so produksi la yg kena titikberatkan aspek keselamatan props apa semua.
yg fasha pun nampak mcm nak jaga hati produksi sgt. takut hilang job ke apa. pertahankan la hak awak. ni sebab tak buta so boleh la tak salahkan produksi. kata tak sengaja la apa la. kalau kecederaan kekal fasha still tak nak salahkan produksi ke?
Sama mcm kes Ben haritu pun. Dia mcm takut2 nak reveal kes mata dia tu. Semua sebab nak jaga periuk nasi sendiri. Sebab tu produksi tempatan ni boleh manipulate korang & buat apa saja. Sebab tau artis2 takkan bersuara sebab takut hilang job. Tu yg kadang shooting sampai lebih 12 jam. Dari pagi sampai ke pagi esoknya. Pastu hujung2 retis salahkan peminat yg tak hargai kerja keras diorang yg shooting bagai nak rak. Padahal korang yg bodo tak reti pertahankan hak.
Yihhhhh. Panjang nok mak bebel |
|
|
|
|
|
|
|
RoseLuna replied at 3-3-2023 09:03 AM
yeke produksi dah sedaya upaya elakkan kecederaan? kalau tgk props dlm bilik tu semua tak selamat. b ...
mcm kes si wafa la kan..dia bsing2 produksi nk truskn jugak wlaupn dia jtuh masa scene..huhuhu..jrang nmpk dia blakon da.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by OsHiN_hOnEy at 3-3-2023 09:54 AM
mmg not in the script kot dia jatuh kat atas katil tu
tu sebab takda crew dlm bilik at all, mmg takda dlm perancangan punshoot dia terjatuh bagai tu
AR pun mcm tolak dia jer bkn lempar dia mcm ragdoll
rasanya fasha tersandung kat something
tu yg dia terjatuh kat tepi katil
really lar menangis tepi bucu katil this time
dia shooting kat sedili rupanya
sepatutnya boleh pergi nikmati celop 5A
sedap padu betul!
lepas ni dengar ckp netijen
jgn ingat netijen ni semua jahat
bila ditegur tu amik lar mana yg baik
org kampung abg manak kata
jgn ungkal sgt, kang mendapat
mata tu jaga elok2, jgn dok tengok cahaya sgt
Allah dah tegur tu, rehat2 lar dah nak masuk bulan puasa yg mulia ni
berehat kat rumah, spend time dgn family more
and EAT, tak perlu rasa disiplin sgt nak pinggang kerengga, mkn sesudu bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon kita jadi takut ngan production house..bising lebih kang tak dapat job dah..padahal it's your right |
|
|
|
|
|
|
|
Fly_over: sama naik method la ni. nak ef ...
tak rasa dia nk voice out sbb dari awal dia ckp tak salahkan siapa2
Diakan terpaling komited [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
camtu jer ...kes close ek. Drama melayu tak sah kalau takde scene laki bini bergaduh. Skrg dah advance boleh main hayun2 pulak. Allah dah bagi signal tu masih tak sedar lagi.
Betul Pizzz Paruz cakap...berlakon ni tak payah beria2 sangat. Takkan scene laki bini pun kau nak buat sungguh2 mcm real sampai nak cium nak raba2 semua. Penonton kat Malaysia ni bukannye diaorang ingat pun ...habis drama habis lah. Pedulik apa mata lebam ..tulang patah ke. |
|
|
|
|
|
|
|
over la kau fasha baik kau jaha kesihatan kau,mata tu berharga |
|
|
|
|
|
|
|
Tp btula plot drama melayu msti cenggini kan. Ada pulak tu audiens nye nk tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak berkerja, cam mana dapur nak berasap.
Laki ni si Aidil tu pun apa je la kerja yg dia ada, asik workout aje.
Rumah dia pun dah mcm puak sskjp semua duk berhempet mcm tk ada rumah sendiri.
Mak pak Fasha tu ada rumah kat Perlis tak silap, kan lgi bagus depa duduk rumah tu ber2 sesambil berkebun sayur ke meniaga ke apa.
Ni mcm semua mengharap ke Fasha
Naseb baik adik dia Elisya dpt Fil kaya raya. |
|
|
|
|
|
|
|
X pernahla aku teringin nk tengok drama melayu....korea ke...hindi ke...cina ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Demi sesuap nasi la tu.
Kang tak dpt payment.
Lagi naya kalau produksi tukar pelakon gantikan dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|