View: 1279|Reply: 6
|
Keena Wahab Sedih Dilabel Artis Sendu Padahal Boleh Menyanyi Dan Berlakon "Saya Tak Nak Naik Dengan Kontroversi Murahan"
[Copy link]
|
|
Keena Wahab sedih terhadap cemuhan segelintir pihak berkenaan kariernya yang dikatakan tidak menjadi.
"Bila sebut nama saya saja, orang kata 'artis sendu' dan saya pun jadi sedih. Bukan sedih sebab apa, tapi kerana saya ada dimana-mana. Campak mana-mana pun saya boleh hidup sama ada menyanyi, berlakon serta berlakon teater."
Foto: IG
Bekas protege Datuk Awie dalam program Mentor pada 2009 berkata, dia berpegang teguh kepada nasihat sifunya ini agar meneruskan perjuangan seni dan jangan mengalah dan berhenti.
"Kalau boleh saya tak nak naik dengan kontroversi murahan. Biarlah saya naik tidak mendadak, perlahan-lahan dengan kegigihan sebenar.
"Syukur, sekarang saya dah ada produksi sendiri iaitu Advance Idea Concept yang ditubuhkan bersama rakan kongsi, Natasha Datuk Zamrud.
"Kami dah hasilkan dua produk iaitu telefilem Jembalang Bangkit dan supertele Misteri Roh Pulau Penunggu. Sekarang pun saya banyak dapat tawaran tulis skrip drama," katanya kepada Harian Metro.
Keena atau nama sebenar Suriana Abdul Wahab berkata, ramai yang tidak tahu dia sebenarnya mengikuti bidang penulisan semasa belajar dan pernah menghasilkan novel.
"Saya pun banyak tulis lirik lagu tapi gunakan nama lain. Sekarang barulah saya tampil dengan nama sebenar. Untuk Misteri Roh Pulau Penunggu pun saya tulis skrip sendiri dan dapat pujian Astro.
"Alhamdulillah, orang nampak usaha saya. Jadi saya tak lagi dicop sendu sebabnya saya tak dikenali tak apa. Tapi kerjaya saya masih berlangsung," katanya.
Terbaharu, Keena akan tampil sebagai Hasnah dalam teater Madu Tiga Madu di Grand Barakah Hotel Ampang pada 3 hingga 5 Mac ini yang diarahkan oleh Amran Nasruddin. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
sah2 sendu... rupa pun kelaut...
maaf sebab kau dari 2009 punya mentor kaka tak kenal la ko sape dikkk...
kaka terlampau muda...
ajommm pakat2 mengaku tak kenal dengan kaka...
*jimat sikit duit dari kena beli esteloder* |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi suka tgk dia berlakon LOL |
|
|
|
|
|
|
|
Umo dia brp? Mmg nmpk berusia sgt. Belom 40 kn? |
|
|
|
|
|
|
|
jijik. dah rupa fara mendosa |
|
|
|
|
|
|
|
mmg sendu pun kau dik..kau pelakon ke penyanyi? |
|
|
|
|
|
|
|
suara dia sedap gak la.. tp bila rambut gitu buruk nau.. besha2 udah |
|
|
|
|
|
|
| |
|