CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

Nafuzi, Steinbruckner ‘hangatkan’ aksi Sang Kenari, Penyu

[Copy link]
Post time 1-3-2023 01:21 PM | Show all posts |Read mode

NAFUZI (kiri) dan Steinbruckner bukan mahu menguji siapa paling hebat, sebaliknya mengemudi pasukan masing-masing untuk memburu tiga mata berharga pada saingan Liga Super malam ini.



Pertembungan Kedah dan Terengganu FC (TFC) di Alor Setar malam ini menjadi perhatian ramai peminat bola sepak tempatan kerana melibatkan dua susuk pengendali, Mohd. Nafuzi Zain dan Tomislav Steinbruckner.

Pada musim lalu, kedua-dua jurulatih tersebut mengemudi skuad Sang Penyu menjalani musim terbaik sebelum Mohd. Nafuzi membuat kejutan menukar haluan ke Kedah Darul Aman (KDA).

Steinbruckner yang mengambil alih tugas mengetuai barisan kejurulatihan TFC musim ini menegaskan pertemuan aksi kedua Liga Super itu bukanlah pentas bagi menentukan siapa lebih hebat antara beliau dan Mohd. Nafuzi.

“Bagi saya, tiada sentimen peribadi (antara beliau dan Mohd. Nafuzi). Fokus saya agar anak buah kembali bangkit membaiki corak permainan setelah tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pertama.

“Paling penting, kita melakar kemenangan bagi memperolehi tiga mata pertama yang sangat berharga,” katanya kepada Kos­mo! di Kuala Terengganu semalam.

Steinbruckner berkata, beliau secara peribadi mengakui Mohd. Nafuzi merupakan jurulatih yang bagus dan memiliki skuad yang berkualiti di KDA.

Begitupun, beliau optimis skuad kendaliannya mampu kembali garang untuk menundukkan skuad Lang Merah walaupun di gelanggang lawan.

“Perlawanan pasti berlangsung sengit dan kami mahu menguasai jentera tengah kerana itu kunci bagi memenangi pertarungan.

“Kita akan kembali diperkuat dengan pemain pinjaman, Liridon Krasniqi selain kehadiran pemain import baharu, Omid Naziri,” katanya.

Begitupun Steinbruckner memberitahu, khidmat Habib Haroon dan Mohd. Faiz Nasir masih belum dapat digunakan berikutan kecederaan.

Tambahnya, beliau juga tidak berpuas hati dengan prestasi penye­rang kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn yang belum mampu me­nunjukkan prestasi sebenar.

“Apa pun, kita perlu lupakan persembahan hambar ketika tewas kepada JDT. Saya tuntut aksi lebih tersusun daripada anak buah bagi mengelak kekalahan kedua,” katanya.

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... -sang-kenari-penyu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051545 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list