CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 1

Mbappe samai rekod Cavani

[Copy link]
Post time 27-2-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode


Kylian Mbappe meledak dua gol untuk Paris Saint-Germain ketika aksi Ligue 1 menentang Marseille di Stadium Orange Velodrome, Marseille. - Foto AFP

PARIS: Kylian Mbappe meledak gol ke-200 dirinya untuk Paris Saint-Germain dan berkongsi rekod penjaring terbanyak kelab apabila dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan 3-0 ke atas pesaing Ligue 1, Marseille.

Mbappe menjaringkan kedua-dua golnya di Velodrome hasil umpanan Lionel Messi dan di antaranya dia membantu bintang Argentina itu untuk satu lagi gol PSG yang kini melebarkan jurang kepada lapan mata di puncak liga.

Ia adalah keputusan dan persembahan yang menebus prestasi buruk mereka sejak beberapa minggu lalu.

Mbappe mencapai gol ke-200 untuk PSG kurang daripada 250 penampilan sejak dia berpindah dari Monaco pada tahun 2017.


Pemain 24 tahun itu kini menyamai rekod bekas rakan sepasukan, Edinson Cavani yang menjadi penjaring terbanyak kelab.

"Dia amat pantas tetapi ia bukan saja berkenaan kakinya - kelajuannya ketika dia melakukan sesuatu amat luar biasa.

"Pemain-pemain sepertinya jelas sekali dipacu oleh statistik dan rekod. Malam ini dia menyamai rekod cemerlang Edinson Cavani dan dia pasti akan mengatasinya," kata pengendali PSG, Christophe Galtier.

Mbappe kini mendahului senarai penjaring Ligue 1 musim ini dengan 17 gol dan dia sudah mengumpul 29 gol daripada 29 perlawanan dalam semua pertandingan sejak kempen bermula.

Sementara itu Messi, mengumpul 12 gol liga musim ini dan membantu 12 lagi, dengan PSG tidak terasa kehilangan Neymar yang cedera buku lali ketika aksi menentang Lille minggu lalu. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan ... -samai-rekod-cavani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 10:51 PM | Show all posts
200 dah!
jap je!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.082547 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list