CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Sabah] Penjawat awam beri suapan tarik laporan polis ditahan SPRM

[Copy link]
Post time 18-2-2023 10:34 PM | Show all posts |Read mode


S.KARUNANITHY
KOTA KINABALU: Tindakan seorang penjawat awam memberi wang rasuah bagi menarik balik laporan polis terhadapnya membawa padah selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber suspek yang berumur 40 tahun itu disiasat polis mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan kes samun berkumpulan.

“Pada 30 Oktober 2021, suspek yang juga penjawat awam dan bertugas di Beluran itu menawarkan serta memberikan wang RM7,000 kepada pengadu sebagai dorongan supaya laporan polis berkenaan ditarik balik,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Beliau berkata suspek ditahan semasa hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau bagaimanapun berkata suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 beserta deposit RM1,000 dengan seorang penjamin.

“Suspek dijadualkan akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam masa terdekat,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.050768 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list