CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki 49 tahun maut terkena tembakan ketika berburu

[Copy link]
Post time 18-2-2023 10:22 PM | Show all posts |Read mode


Polis merampas beberapa barangan kes serta menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.- Gambar polis
KUCHING: Seorang lelaki tempatan disahkan meninggal dunia akibat terkena tembakan semasa berburu di kawasan hutan berdekatan Sungau Boyuh, Kampung Jugan, Bau pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, pihaknya menerima pengesahan kematian mangsa berusia 49 tahun itu daripada Hospital Bau sekitar jam 11.45 malam.

"Polis menerima panggilan telefon dari pihak Hospital Bau memaklumkan seorang lelaki tempatan telah meninggal dunia akibat terkena tembakan semasa memburu," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Berikutan itu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau pada Jumaat menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Sekitar jam 5 petang pada hari berkenaan, polis menahan dua lelaki berumur 40 dan 50 tahun iaitu adik dan abang kepada mangsa bagi membantu siasatan.

"Pada masa yang sama, dua laras senapang patah buatan sendiri, sebutir kelongsong peluru dan sejumlah peluru hidup turut dirampas," tambahnya.

Poge menjelaskan, kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau akan dibawa ke Mahkamah Bau untuk dimohon tahanan reman.

"Kes telah diklafikasikan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan," ujarnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.061488 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list