CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Sarawak] COVID-19: Jumlah kes baharu di Sarawak menurun

[Copy link]
Post time 13-2-2023 10:53 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jumlah kes COVID-19 di Sarawak kembali menurun pada minggu epidemiologi ke-6 dengan 72 kes baharu berbanding 108 kes pada minggu sebelumnya.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberitahu, penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes menjadi 324,466 kes.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 69 kes merupakan kategori satu dan dua manakala tiga kes merupakan kategori tiga, empat dan lima.

Jelasnya, Kuching merekodkan kes tertinggi iaitu 31 kes, diikuti Miri (sembilan), Sibu (enam) manakala lima kes direkodkan di Kota Samarahan.

“Selain itu, Bintulu merekodkan empat kes baharu, Dalat (tiga) manakala Bau, Kapit, Sarikei dan Subis masing-masing merekodkan dua kes," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, satu kes masing-masing direkodkan di Marudi, Simunjan, Sri Aman, Betong, Mukah dan Serian.

Tambah JPBNS, tiada kes kematian disebabkan COVID-19 direkodkan pada minggu epidemiologi ke-6, di negeri ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050552 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list