CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

[Sarawak] Acara Minggu Reka Bentuk 2023 dibuka kepada pengunjung hingga 16 Februari

[Copy link]
Post time 13-2-2023 10:51 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari memotong reben sebagai simbolik merasmikan pembukaan Ekspo Minggu Reka Bentuk Sarawak 2023 di BCCK. - Gambar Penerangan
KUCHING: Acara Minggu Reka Bentuk 2023 dibuka kepada pengunjung mulai hari ini hingga 16 Februari ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Anjuran Pusat Reka Bentuk Sarawak (SARADEC) dan Institut Teknologi Bandung (ITB), acara julung kalinya itu dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Majlis perasmian hari ini turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara SARADEC dengan Universiti Teknologi Sarawak, Kolej Komuniti Miri, Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA) dan Persatuan Perabot Korea (KOFA).

Selain itu, majlis perasmian turut menampilkan pembentangan khas oleh penceramah jemputan Datuk Profesor Ian Davies yang merupakan Pengarah Urusan ArcRadius Interior Design & Architeture Firm berpangkalan di Kuala Lumpur.



Antara hasil reka bentuk yang dipamerkan sempena Minggu Reka Bentuk Sarawak 2023 di BCCK. - Gambar Roystein Emmor

Pada sebelah petang pula diadakan sesi ceramah oleh Pengarah KOFA Lee Suk Jong mengenai Sejarah dan Hala Tuju Masa Depan KOFA serta ceramah mengenai kaedah pembuatan perabot tradisional Korea oleh Moon II Tae, tukang kayu Korea.

Manakala esok, 14 Februari, pereka perabot Indonesia, Eugino Hendro akan menyentuh mengenai 'Identity and Responsible Design’ diikuti Pengarah Solo Timber Stanley Ngu mengenai 'Be Your Own Kind of Beautiful' dan Pengarah Hap Lee Fung yang juga Timbalan Presiden Persatuan Industri Perabot Sarawak (SFIA) Lai Chin Choi mengenai 'Technical Perspective of Furniture Design'.

Pada sebelah petang 14 Februari pula akan menyaksikan ceramah oleh Nguyen Thi Doan Thuy, pereka produk dari Vietnam, Walter Tan pereka perabot bertauliah serta Zaiwin Kassim dan Nizam Khalyd masing-masing dari Sarawak.   

Pada 15 Februari pula, Edric Ong, Patricia Busak, Rinai Uding, Christopher Chen, Narong Daun, Syed Rusydie akan mengadakan forum mengenai topik 'Sarawak Arts & Crafts Products and their Prospective Sustainability'.

Manakala pada 16 Februari akan ada sesi khas bagi Pereka Muda Sarawak bersama Datuk Profesor Ian [url=mailtoavies@Iskandar]Davies@Iskandar[/url] Abdullah yang seterusnya akan membuat penilaian ke atas hasil prototaip pereka muda Sarawak.

Dalam pada itu, Minggu Reka Bentuk Sarawak dibuka kepada pengunjung bermula jam 10 pagi hingga 6 petang secara percuma.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.319914 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list