View: 3705|Reply: 46
|
Meerqeen Alami Kemurungan Semasa Shooting, Tak Mandi Dan Biar Muka Habis Berjerawat
[Copy link]
|
|
Meerqeen mendedahkan mengalami masalah kemurungan ketika menjalani penggambaran drama bersiri terbaharu Nenek Bongkok Tiga.
Katanya watak sebagai Adi yang dipegang dalam siri berkenaan telah 'membongkar' kisah silamnya memandangkan pernah berdepan masalah sama sebelum ini.
Foto: IG
"Sebenarnya watak Adi dalam Nenek Bongkok Tiga adalah diri saya sendiri. Saya boleh rasakan sepanjang menjayakan watak itu ia ada kena mengena dengan masa lalu saya.
"Seorang yang mengalami masalah kemurungan dan tidak gembira dengan hidup. Sejujurnya
"Masalah kemurungan datang semula semasa membawa watak Adi. Saya lebih gemar duduk seorang diri sepanjang empat bulan penggambaran, balik rumah depresi seperti terbawa-bawa sebab watak tersebut.
"Disebabkan itu, habis sahaja penggambaran, saya terus kembali simpan rambut dan mewarnakannya kerana saya tidak boleh tengok Adi dalam cermin," katanya.
Meerqeen berkongsi perkara itu ketika ditemui Tayangan Perdana Nenek Bongkok Tiga di ibu kota pada malam Rabu.
Berkongsi kisah silamnya, Meerqeen berkata, ketika melanjutkan pelajaran di sebuah kolej dia pernah mengalami masalah sama dan disebabkan itu menganggap watak dipegang menggambarkan dirinya sendiri.
"Sejujurnya saya tidak pernah bertemu pakar namun saya pernah berdepan dengan perasaan itu, saya laluinya ketika zaman kolej.
"Mungkin ia berlaku disebabkan orang sekeliling dan tekanan sebab belajar," jelasnya.
Pelakon yang terkenal dengan drama Melur Untuk Firdaus itu bagaimanapun berkata, dia bersyukur diberi peranan tersebut kerana ia sekali gus membuatkan dia terbuka berkongsi kisah lalu dengan peminat.
"Adalah satu rezeki saya dapat watak ini kerana saya boleh meluahkan apa terbuku di hati melalui Adi.
"Saya harap dengan watak tersebut, orang yang mengalami masalah kemurungan atau anxiety tidak mengikut apa yang dilalui Adi," jelasnya.
Sementara itu, Meerqeen turut mendedahkan dia sanggup tidak mandi dan membiarkan wajahnya ditumbuhi jerawat demi menjayakan berkenaan.
Tidak hanya itu, Meerqen memberitahu dia menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram demi memastikan wataknya memberi impak.
"Daripada 70 kilogram saya turunkan berat badan lima kilogram, saya potong rambut, korbankan kulit semata-mata demi Adi.
"Saya juga mengikuti kelas lakonan demi memastikan saya dapat meresep 'roh' Adi dalam diri," ujarnya.
Diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim, Nenek Bongkok Tiga turut menampilkan barisan pelakon seperti Hun Haqeem, Sherie Merlis, Sara Ali, Syafie Naswip, Sara Mack Lubis, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Sofia Jane, Rykarl Iskandar, Esma Daniel dan Aida Aris.
Ia mula ditayangkan di platfrom penstriman Viu pada 9 Februari 2023. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Haihh....semuanya claim kemurungan skrg
Tngah2 shooting pun boleh tiba2 kemurungan |
|
|
|
|
|
|
|
gws..... |
|
|
|
|
|
|
|
Fimi Don agak2 bengang tak sbb pendatang baru yg jadi hero? |
|
|
|
|
|
|
|
semua nak kemurungan..belum kerja opis lagi..silap2 murung nak layan kerenah customer.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku je ke rasa dia ni biasa biasa jeee
apapun gws |
|
|
|
|
|
|
|
Semua nak claim depression...tak faham betul |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoola at 9-2-2023 01:04 PM
murung dpression mmg wujud..
tp br idup brapa thn, plat dh murung
blum kwin
blum btunng
nlum berankpinak
a way loooong life lg nk hadap
lainkali toksah amikwatak tu!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Sikit2 murung, sikit2 murung. Cuba jadi nora danish, sentiasa happy… |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah jumpa pakar pastu claim diri sendiri suffer from depression? Kelakar heols ni tau ingat senang2 ke boleh diagnosed dengan depression? |
|
|
|
|
|
|
|
tiber iols rasa nak subscribe viu |
|
|
|
|
|
|
|
muka dah boleh jadi bad boy tapi tu lah, kekdg nampak macam biashe2 pula |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak hero2 baru muncul, kurang sikit cerita dia.. ka aku yg xtau |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lah macamtu dik... jangan stress2, awak muda lagi...
mohon @Kurex dan @Themilo tolong bagi meerqeen ceria kembali dan start buat susu pekat likat macam abangnya...
kalau heols mati kemurungan habis lah kurang satu jejan herlok dan terpaksa lah acik2 porum kalih channel ke animal planet tiap2 hari... |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 9-2-2023 02:07 PM
jangan lah macamtu dik... jangan stress2, awak muda lagi...
mohon @Kurex dan @Themilo tolong bagi me ...
Iols yakin, selepas iols membelai merqeen, merqeen akan kembali semangat, cerita dan bahagia. Hujung2 merqeen yg membelai kirex tatkala kegersangan |
|
|
|
|
|
|
|
She-Ra replied at 9-2-2023 04:54 AM
aku je ke rasa dia ni biasa biasa jeee
apapun gws
Aku pun rasa dia biasa² je dan tak hensem... |
|
|
|
|
|
|
|
kemurungan dia dah lepas kan? bukan skrg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah dengan belaian kurex lagi pekat likat lah susu tin F&N hesheh boleh buat pengeluaran yogurt atau gam uhu gittuhhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|