View: 1069|Reply: 14
|
Adun Mengkibol Mahu PM Longgarkan Etika Berpakaian Pelawat Di Jabatan Kerajaan
[Copy link]
|
|
Chew Chong Sin menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim melonggarkan etika berpakaian buat pelawat di jabatan-jabatan kerajaan.
Kata Adun Mengkibol itu, pengecualian perlu diberikan untuk urusan penting atau kecemasan seperti di balai polis dan hospital.
“Kelonggaran juga patut diberikan sekiranya ia melibatkan faktor kesukaran seperti jarak rumah yang jauh, kesesakan lalu lintas, atau faktor kesuntukan masa.
“Pertimbangan dan budi bicara ini perlulah dipraktikkan dengan sifat rahmah dan empati, terutamanya oleh pegawai yang bertugas,” katanya.
Chew membuat rayuan berkenaan dalam surat terbuka yang ditujukan kepada Anwar semalam.
Surat itu dibuat susulan kejadian di ibu pejabat polis Daerah Kajang di Selangor pada 30 Januari lalu yang menyaksikan cubaan seorang wanita membuat laporan polis mengenai kemalangan jalan raya ditolak kerana berseluar pendek.
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai "salah faham".
Chew berhujah bahawa tindakan anggota polis berkenaan melanggar Seksyen 107(4) Kanun Tatacara Jenayah, yang menetapkan bahawa pegawai polis mempunyai tanggungjawab untuk menerima semua maklumat atau laporan berkaitan pelanggaran undang-undang di negara.
Katanya, terdapat juga kes yang waris pesakit tidak dapat berurusan di hospital, walaupun ia adalah kes kecemasan kerana keperluan mematuhi kod pakaian.
Sementara itu, Persatuan Bertindak Semua Wanita (Awam) berkata etika berpakaian hanyalah garis panduan dan tidak mempunyai kuasa undang-undang. Oleh demikian, katanya, agensi kerajaan tidak boleh menafikan perkhidmatan mereka kepada orang awam berdasarkan pakaian mereka.
“Sekiranya anda dinafikan perkhidmatan atau menerima kata-kata diskriminasi berdasarkan pakaian anda, anda boleh membuat aduan di agensi kerajaan atau saluran pelaporan jabatan yang berkaitan.
“Sentiasa ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bangga dengan pelbagai etnik dan budaya - maruah diri dan menghormati budaya lain mesti diberi pertimbangan sewajarnya,” kata Awam dalam satu kenyataan semalam.
Kumpulan itu juga menyatakan bahawa tiada kod pakaian standard yang diamalkan di semua balai polis, dan notis lazimnnya hanya diberikan kepada pelawat apabila mereka menjejakkan kaki di balai polis atau premis kerajaan lain berkenaan.
Pegawai kerajaan, kata Awam, juga sering gagal mengambil kira perkara yang mendesak berbanding keperluan untuk mematuhi kod pakaian.
“Sifat kepolisian moral yang diskriminasi dan tidak berperikemanusiaan itu membolehkan orang ramai bebas untuk membuat pertimbangan yang tidak wajar tentang nilai, watak, keupayaan dan moral seseorang individu hanya berdasarkan pakaian seseorang itu.
“Ia juga secara tidak sengaja, dan secara sistematik, menafikan orang ramai tentang hak asasi mereka, akses kepada perkhidmatan kebajikan dan kesihatan yang penting, dan juga peluang pekerjaan berdasarkan pertimbangan ini.
“Ini hanya mengekalkan persekitaran objektif yang boleh menyumbang kepada harga diri yang rendah dan memberi kesan negatif kepada kesihatan mental seseorang. Seterusnya, kepolisian pakaian meletakkan tanggung jawab dan beban yang besar kepada wanita untuk menutup diri dan memalukan atau menghukum mereka sekiranya tidak berbuat demikian.
“Semua faktor ini berinteraksi untuk menormalkan keganasan berasaskan jantina, dan menyemai budaya rogol yang tidak mempertanggungjawabkan pelaku sepenuhnya ke atas pencabulan mereka sambil mempersalahkan mangsa (terutamanya wanita) yang dalam trauma,” tambahnya.
Awam berkata agensi kerajaan harus menyediakan latihan kepekaan jantina untuk pegawai barisan hadapan mereka, supaya mereka tidak terlibat dalam tingkah laku diskriminasi dan boleh berempati dengan mangsa yang terselamat yang mencari bantuan.
Sumber: MalaysiaKini |
|
|
|
|
|
|
|
apa benda susah sgt etiqa pakaian pon nak isu ke? sopan tutup lutut/ketiak dgn pusat pon susah.. kau nak bogel ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
antara ciri polishitian.
kes terpencil tak melibatkan nyawa , langsung bukan kes kecemasan, beria tu ni tu ni.
kes orang mabuk langgar mati sekor politaik takde ikhtiar nak banteras. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 8-2-2023 05:39 PM
Drp kita kpd mereka: Law tetap law maaaa.....
Drp mereka kpd kita: Kasi longgar itu law maa..kasi timbang rasa sikit lor.
Begitula cara drng 'beroperasi'. |
|
|
|
|
|
|
|
balai polis tu elok taruk kain sarung ke ape ke, takde la gaduh bila emergency. kepoh je korang ni smua nak kasi longgar lah ape lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn longgarkan dan jgn tunduk pd mereka. Ianya akan buka pd pelbagai lg desakan. Namun sediakan lah kain sarung atau seluar panjang utk kaunter2 yg berurusan ngan orang awam |
|
|
|
|
|
|
|
nononcrux replied at 8-2-2023 04:33 PM
apa benda susah sgt etiqa pakaian pon nak isu ke? sopan tutup lutut/ketiak dgn pusat pon susah.. kau ...
Some of them ada fetish pd kaki. Dgn memakai seluar pendek mcm satu kepuasan pd mereka. Dan malangnya ramai pula orang melayu dh ikut jejak langkah |
|
|
|
|
|
|
|
Sat lagi ada yang gi kk buat check up pakai baju tido je kang..
Iols.dah.nampak.sorang last week...pakai seluar katok satin je gi check up... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nak bagitau, pakai singlet lusuh atau seluar katok tu dikira budaya juga.
No wonder la kalu hal peraturan, asyik nak menongkah arus jer.
Dasar penonggang saya yg teraniaya. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju la longgar2....
banyak yg pakai ketat melekat
|
|
|
|
|
|
|
|
bodoh..esok esok ada yg datang dgn baju mandi
|
|
|
|
|
|
|
|
apesal lancau ni muka mcm presiden indonesia |
|
|
|
|
|
|
|
Nak sembang macam ni, kau try pergi mana-mana tempat high end pakai short, tshirt, selipar. Tengok kau punya hak asasi boleh ke tak dari kena sepak keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
even aku kerja dekat international schools pon tengok visitor dtg dgn paki skirt/pants pendek tergangu weyh hahah sbb tak focus nak tgok kulit mereka yg gebus.
itu kalau gebu, yg berkerak berkudis..fuhh mcm2 distraction
|
|
|
|
|
|
|
|
susahnya nak mendidik golongan ni.
kang pakai cekci2..timbul pulak isu sexual harassment |
|
|
|
|
|
|
| |
|