View: 2975|Reply: 42
|
Mufti Kecewa Ramai Orang Islam Termasuk Kanak-Kanak Ikut Berarak Bersama Pedati, Sorak 'Vel-Vel'
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN – Orang Islam terutamanya genarasi baharu dilihat semakin tidak sensitif dengan perkara yang boleh merosakkan iman serta akidah mereka.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu video tular menunjukkan sekumpulan Muslim termasuk kanak-kanak berarak bersama pedati menyorak perkataan ‘vel-vel’.
Video tular berdurasi 45 saat itu didakwa berlaku di Pulau Pinang namun tiada sebarang pengesahan daripada pihak berwajib mengenainya setakat ini.
Menurut Wan Salim, umat Islam dilarang (haram) menyertai aktiviti yang berkait dengan upacara keagamaan orang bukan Islam kerana dibimbangi perbuatan sedemikian boleh merosak keimanan mereka kepada agama Islam.
“Ramai orang Islam dilihat tidak lagi memelihara batas-batas hukum agama, jadi pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.
“Selain itu, ibu bapa, pendidik dan pimpinan masyarakat juga perlu memainkan peranan menjelaskan kepada generasi baharu umat Islam tentang hukum haram bagi kita menyertai upacara keagamaan atau ritual agama lain,” katanya hari ini.
Tambah beliau, pihaknya bimbang orang Muslim tersalah dalam memahami konsep toleransi beragama.
“Toleransi bermaksud rakyat Malaysia hendaklah menghormati kesemua agama yang dianut oleh kaum- kaum di negara ini.
“Bagi Islam pula, toleransi beragama digalakkan tetapi penyertataan umat Islam dalam upcara keagamaan bukan Islam adalah haram, bahkan dibimbangi boleh merosakkan akidah seorsng Muslim,” kata beliau. –CARI
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Macam india muslim je |
|
|
|
|
|
|
|
dkk kot.. sekadar memeriahkan budaya atok nenek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Leluhur kot.
Bukan Melayu original. So difahami la. |
|
|
|
|
|
|
|
perspektif lain, mufti tak kecewa dengan mana2 authority atau mana2 pemegang jawatan berkaitan agama atau apa2 lah, yang membiarkan lebih parah pada generasi2 baru?
kalau nak petik dia dah besar boleh fikir, dia buat dia tanggung, etc..... tak perlu lah kot timbul isu kecewa.......
yang selatan awal2 dah setelkan hal ni secara rasmi kan.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang budak2 tak hairan la sebab maybe tak faham bahasa lagi. Tapi yang tua bangka tu bodoh bengap takleh beza agama dgn adat. Lain kali tolong cabut buang tudung sebelum join vel2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mufti ni kalau salah laku akidah oleh orang besaq2 kotey dan teloq teruih hilang nak tegoq. munafik mcm sial |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 8-2-2023 04:53 PM
Vel2 tu apa maknanya?
Vellfire.... |
|
|
|
|
|
|
|
I just had the same thought.
|
|
|
|
|
|
|
|
Leluhur dr mana dorang ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat plk cny aritu laki iols nk ajak pg kuil semayang tp bkn semayang lah just dok kt luar.
Pil x bg tkut viral haahhaha
|
|
|
|
|
|
|
|
dah agak dah mesti pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 8-2-2023 05:58 PM
sharlenetexas replied at 8-2-2023 04:53 PM
Vel2 tu apa maknanya?
Velvel tu menda yg mcm lembing tu, maksud dia lembing kemenangan. Kalau tak salah laaa |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 8-2-2023 04:53 PM
Vel2 tu apa maknanya?
lembing dewa muruga |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah budak2.. aku waktu kecil pun selalu buat ala2 nun paderi or sembahyang cina tu hasil tgk tv buat main |
|
|
|
|
|
|
|
Di India pun sama setengah orang Islam masuk rumah ibadat hindu untuk upacara … |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nak tergelincir akidah kalau buat suka2 (or mengade2) or berpura2?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 8-2-2023 09:24 PM
Kenapa nak tergelincir akidah kalau buat suka2 (or mengade2) or berpura2?
Sebab mmg tak boleh kan.. boleh jatuh syirik. Terkeluar agama ni boleh jd melalui lintasan hati, percakapan dan perbuatan. Suka suka ke, serius serius ke.. both boleh buat tergelincir dari laluan licin yang menyesatkan.. gittewwww |
|
|
|
|
|
|
| |
|