CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1773|Reply: 17

Wanita Resah Teman Lelaki Tak Ada 'Telur', Ajak Kahwin Tapi Tak Nak Jumpa Ibu Bapa

[Copy link]
Post time 8-2-2023 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Luahan seorang wanita tular di media sosial, menyatakan teman lelaki yang sudah dikenalinya selama empat bulan mengajaknya untuk berkahwin.


Tanpa mendedahkan identitinya, wanita itu berkata ibunya mahu merisik pada Februari ini dan majlis perkahwinan diadakan pada tahun hadapan, tetapi pasangannya itu dilihat seperti belum bersedia untuk berkongsi tentang dirinya kepada keluarga.




Gambar Hiasan




"Saya dengan teman lelaki baru nak masuk empat bulan, biasanya orang bercinta akan ada fasa bulan madu kan?


"Tapi kami tak ada pun. Dari awal hubungan ada je gaduh apa bagai. Memang terus keluarlah perangai buruk masing-masing.


"Teman lelaki saya tu muda tiga tahun daripada saya dan kalau ikutkan saya memang tak ada plan nak buka topik kahwin sebab rasa macam terlalu awal dan dia pun muda lagi. Tapi tak disangka dia yang mula buka topik kahwin ni.


"Masalahnya, dia tak cerita dekat ibu bapa dia full story," luahnya.


Menurut pengadu, ibu bapanya mahu bakal menantu mereka berjumpa sendiri dan memberitahu niat untuk berkahwin kerana segala persiapan telah siap dirancang.


"Kalau ikutkan mak saya memang agak memilih untuk mencari pasangan. Sampaikan bekas teman lelaki saya nak masuk meminang, mak dan abang tolak pinangan dia.


"Tapi dengan teman lelaki saya sekarang, mak saya setuju sampai dah bincang dengan keluarga pasal hantaran, merisik atau bertunang. Dulu mak ayah saya letak RM10,000 tapi sebab nak mudahkan dia, mereka letak RM8,000 je dan buat doa selamat sebelah perempuan.


"Macam mak saya tanya boleh tak masuk merisik bulan 2 dan semua berkaitan planning tahun depan. Mak saya memang dah seronok siap beli cadar dan bantal untuk mini pelamin apa bagai.


"Sebab dia nak kahwin dengan saya, mak ayah saya nak dengar dia cakap sendiri yang dia nak kahwin dengan saya. Biar dia bagitahu niat dia dengan saya macam mana. Jadi mak ayah saya boleh tahulah sama ada dia serius atau tak.


"Tapi sampai sudah... tak jumpa," ujarnya.


Bagaimanapun, wanita itu berkata dia sudah memberitahu bakal suaminya itu untuk berjumpa dengan ibu bapanya dan keluarganya sendiri.


Namun, akhirnya pasangan ini bergaduh dan lelaki tersebut yang meminta pengadu untuk berjumpa dan memberitahu sendiri keluarganya tentang niat mereka berdua.


"Bila saya suruh dia bagitahu ibu bapa dia full story dan planning kami, dia suruh saya bagitahu ibu bapa dia ataupun minta tolong mak ayah saya untuk bagitahu yang parents saya dah plan apa semua.


"Apa yang ada dalam fikiran saya waktu tu ialah betul ke aku pilih mamat ni nak jadi teman sehidup semati aku.


"Saya cuma takut nanti bila kahwin, saya yang kena ke depan dan dia kekal di belakang. Sepatutnya dia yang lebih berani untuk maju sebab dia bakal jadi ketua keluarga, nak galas tanggungjawab lagi besar. Entahlah min, ada pendapat untuk masalah ni tak?" ujarnya.


Rata-rata netizen memberi nasihat kepada wanita itu dengan memintanya berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad.


"Sebagaimana perangai dia hari ini, begitulah perangai dia nanti. Tolonglah khususkan sikit tentang perangai pasangan. Kita nak hidup bersama lama, nanti dengan anak lagi dan serabut kerja lagi. Pilihlah pasangan yang matang dan jangan tergesa untuk berkahwin jika ragu.


"Tak bertanggungjawab. Fikirkan kehidupan awak lepas nikah. Nanti semua atas bahu awak kena pikul. Penat awak. Bab cinta sayang tu semua boleh dipupuk. Janganlah jadi buta dan pekak. Next!" demikian antara komen netizen.


Ada juga yang menganggap bahawa lelaki itu tidak begitu serius untuk mendirikan rumah tangga kerana tempoh berkenalan masih singkat iaitu empat bulan.


"Empat bulan bercinta dah tunggang terbalik dunia. Benda kecil macam ni pun tak boleh selesaikan. Pergi je la. Ini baru benda kecil. Kalau dah kahwin lelaki campak tuala basah atas katil kiamat terus kot.


"Hmm baru empat bulan? Sabarlah awak. Kemungkinan besar dia memain je tu dan tak jangka pula awak beriya. Sabar jap dan kenal lama lagi. Kalau betul dia nak kahwin dengan awak, dia sanggup buat apa sahaja. Ni bagitahu parents pun kecut. Baik kau tunda hasrat tu dulu," luah netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 02:17 PM | Show all posts
click bait nyahhh tajuk.. ingatkan boifren sheols tu transmen tadi
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 02:19 PM | Show all posts
panjang berjela citerr
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 02:30 PM | Show all posts
nasihat aku nok, bila ko start ada doubt, and ada second thought,
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 02:33 PM | Show all posts
kahwin free lah tu..siam

pesan ku jangan kahwin kalau tak ada duit
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 03:35 PM | Show all posts
dek, kalau jantan sekadar nak kawen pastu buat bodo pastu ko pulak kena settle semua, better ko blah la dek…  akak berani kerat rambut yang nanti ko yang tanggung semua, dari mas kawen sampai duit hantaran, barang hantaran dua2 pihak, duit kenduri and all…  pastu nanti dah kawen, ko tanggung semua dek…  dah pregnant nanti ko yang kena pi medical check up and all sendiri n beranak sorang2…  pastu kalau jadi masalah, jantan tu akan heboh2 ko yang tergila2 kan dia sampai sanggup buat semua n siap tanggung ko n ikat ko dengan anak…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru kawan 4 bulan kot ..meols suspect ppuan nie jenis mendesak bf utk kawen.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 03:59 PM | Show all posts
ler ingatkan betul2 kejadian lelaki tu takde telur.. rupanya bidalan semata2..
banyak sangat masalah cancel kawen je la dek..paling2 pun kena gelar andartu jah.. takde la sakit hati sangat dengan kerenah laki tagune.. ke mengikut konsep asalkan berlaki?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 04:52 PM | Show all posts
mak pak dia laser kut tak berani dia nak bagitau. Kena pulak makpak jenis ulang2 ayat anak2 kena balas jasa. tup2 baru keje terus nak kawin? berani kau anak!
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
blum kahwin dah mcm senetron
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 05:18 PM | Show all posts
jgn asalkan berlaki sudehhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mati2 ingat boipren dia alami kecacatan takde lato2 rupanyaa aihhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 09:25 PM | Show all posts
Motif acik2 acah2 tertipu dengan istilah 'telur' dalam quote marks
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:18 AM | Show all posts
hasanah sgt puih puih puih
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 09:39 AM | Show all posts
4 buln je dah kemaruk dah kawen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2023 10:18 AM | Show all posts
Ini masalah konflik dalaman lelaki tu jer. Lelaki tu tak cukup confident kot nak buat.

Jadi perempuan tu sepatutnya cuma perlu pilih tolong atau condemn lelaki tu..

nampaknya dia dah pilih condemn di media sosial, maka patutnya tak ada apa dah nak diharapkan dalam hubungan itu.. memang tak boleh hidup aman kalau berpasangan pun
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 10:34 AM | Show all posts

sandwich telur tersenyum sinisss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.165739 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list