View: 30161|Reply: 22
|
[Tempatan]
Buta Kerana Menangis Is Real! ~ P. Ramlee Tak Tipu
[Copy link]
|
|
Edited by borne at 23-12-2024 10:20 PM
PERTEMUAN seorang doktor gigi dengan pesakitnya yang buta kerana terlalu banyak menangis mengingatkannya kepada watak Kassim Selamat lakonan P. Ramlee dalam filem Ibu Mertua Ku.
Menurut doktor wanita itu, makcik yang mempunyai masalah penglihatan itu datang ke kliniknya untuk memeriksa gigi.
Bermula dengan borak biasa, dia bagaimanapun terkejut apabila makcik itu memberitahu punca dia buta disebabkan terlalu kerap menangis gara-gara ditinggalkan suami.
"Aku tanya, memang buta sejak lahir ke, katanya tidak. Dia buta sejak usia 33 tahun kerana kuat menangis.
"Aku macam betul ke makcik ni? Tak kan menangis sampai buta, ingat Kassim Selamat ke?
"Rupanya memang betul dia buta sebab menangis tak berhenti menyebabkan saraf mata bengkak dan perlahan-lahan menjadi buta. Lepas dengar kisah hidup dia, aku pula yang menangis," katanya menerusi perkongsian di laman sosial.
Bercerita lanjut, doktor itu berkata segalanya bermula ketika makcik berkenaan hamil anak ketiga yang mana dia menangis selama sembilan bulan dan masih terus mengalirkan air mata enam bulan selepas itu.
"Kisahnya bermula setelah dia mengandungkan anak dia yang ketiga, dia mula menangis selama sembilan bulan lamanya dan sambung menangis lagi lepas selamat bersalin selama enam bulan.
"Jadi secara keseluruhan menangis selama 15 bulan. Pada masa sama, wanita ini juga menangis lagi, nampak di hujung matanya basah," katanya.
Makcik berkenaan berkata, kehidupannya bahagia di awal perkahwinan dan dikurniakan dua anak yang comel dengan suami yang baik dan penyayang.
Namun, kehidupannya terus berubah selepas mengandung anak ketiga dan tiba-tiba suaminya hilang tanpa khabar berita.
"Makcik ni terlalu sedih fikirkan suami dia yang hilang tak jumpa, menangis siang malam sampailah mata jadi kabur.
"Dia (makcik) ikutkan perasaan yang terlalu sedih dan sambung lagi menangis sehingga suatu hari sebelah matanya tidak nampak.
"Dia pergi periksa mata di hospital dan doktor mengesahkan saraf matanya bengkak dan tak dapat diselamatkan lagi. Kini mata makcik ni buta kedua-duanya," ujarnya lanjut.
Akhirnya, makcik ini reda dengan takdir dan cuba bangkit kembali untuk meneruskan tanggungjawab membesarkan anak-anak.
"Suami dia masih lagi hilang entah ke mana tanpa sebarang jejak. Walaupun makcik ni OKU (orang kelainan upaya) penglihatan, dia membesarkan anak-anak seorang diri tapi semua berjaya.
"Ada seorang kerja bank, cikgu dan yang bongsu baru saja berkahwin.
"Aku tanya siapa yang nikahkan anaknya, wali hakim ke? Makcik tu cakap ayah mereka hilang bertahun-tahun," jelasnya.
Rupanya, jelas wanita ini suami kepada makcik berkenaan yang disangka hilang bertahun-tahun sudah bernikah dengan wanita lain lebih muda.
"Mereka berkahwin sepenuh hati atas dasar cinta dan suka, bukannya paksaan dari orang tua.
"Lelaki berkenaan pergi dari hidupnya dengan memilih wanita berumur 18 tahun jauh lebih muda dan cantik sebagai isteri dan makcik ini ditinggalkan dan digantung tak bertali," katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rugi la buta sbb jantan x guna |
|
|
|
|
|
|
|
Baper umo mamat dgn bini baru? Bini baru muda 18 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
di mana... kan ku cari ganti
serupa dengan mu.................
sob sob sob
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian bini dia. Tp nape nak nangis2 sampai buta.
Si suami elok je kawin lain.
Tak guna betul |
|
|
|
|
|
|
|
..sering berendam airmata + kencing manis kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya bersangka baik :
Dia menangis semasa suami dia tinggalkan sebab mesti dia fikir suaminya aadalah ORANG HILANG... mati di mana-mana... tak dapat dikesan...
Kubur pun tak de nak diziarah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian, setelah dapat tahu suami dia tinggalkan dia untuk kahwin lain, dah terlambat... dia dah buta dah masa tu .. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi, bilanya dia dapat tahu yang suami dia kawen lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau saya berfikiran negatif :
Dia mungkin tahu suami pergi tinggalkan dia sebab nak kawen lain...
Tapi dia berharap, suami dia akan balik dan jalankan tanggungjawab untuk ke dua-dua isteri...
Dia menanti dalam kesedihan sehingga jadi buta...
Kesiannya... |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar jantan kabaret!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 24-12-2024 10:10 AM
Baper umo mamat dgn bini baru? Bini baru muda 18 tahun
i speku 33.
tapi ni citer entah zaman bila
now agaknya suami dia yg tua kerepot tu cari yg 18 tahun lagi pulak |
|
|
|
|
|
|
|
suami dia baik sgt tu, itu yg dia menangis btl2 x leh move on. alih2 dicurangi rupanya, apa boleh buat mata dh buta.
kalau tau dari awal, dia x nangis lama2 gini... |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 24-12-2024 12:55 PM
i speku 33.
tapi ni citer entah zaman bila
Bkn 33 kott sbb 18 tahun lebey muda maknanya bini baru umo 15..
Mebbe 36, then bini baru umo 18..
Astaga.. |
|
|
|
|
|
|
|
la seram jgk ..ingt tipu tipu je..
x berbaloii pun nk buta sebab laki xguna..
tp kalau kita nngis skjp skjp je ok kot..i suka nngis la jgk xtahu la nape dr kecik sampai skrg...happy nngis..sedih nngis..tgk kucing nngis..hati tissue la katakn..
xtau la kot tu pun dikira penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
telracs replied at 24-12-2024 12:48 PM
Tapi, bilanya dia dapat tahu yang suami dia kawen lain?
Bila anaknya dah besar ..nk kawen baru tau..kena cari wali kan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah buta, macammana nak tahu dia serupa ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nyaris Buta Allahyarham sebelum ini pada awal tahun 2008 nyaris-nyaris kehilangan kedua-dua belah matanya kerana urat matanya terputus dan menyebabkan berlaku pendarahan dalaman.Punca pendarahan itu yang sempat diceritakan Allahyarham adalah kerana terlalu lama berendam air mata mengenai pemergian orang yang paling disayangi dalam hidupnya. https://murai.my/2018/31786/nyaris-buta-imbau-kembali-memori-madonna-malaysia-noreen-noor/
|
|
|
|
|
|
|
|
hati kan tak buta
|
|
|
|
|
|
|
| |
|