CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2931|Reply: 18

[Jenayah] Abang kepada pelakon yang menjadi pujaan jutaan peminat wanita bengang untung RM3.7 juta tak dibayar

  [Copy link]
Post time 7-2-2023 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 7-2-2023 09:21 PM


MOHD. ZULHAKIM menunjukkan penyata keuntungan pelaburan mata wang asing pada sidang akhbar di Ayer Keroh, Melaka hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Abang kepada pelakon kontroversi filem Pulau, Ikmal Amry membuat laporan polis selepas sebuah syarikat pelaburan mata wang asing didakwa gagal membayar keuntungan RM3.7 juta diperolehinya.

Menurut Mohd. Zulhakim Amry Ghazali, 37, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kluang, Johor pada 4 Januari lalu selepas pihaknya tidak menerima sebarang pembayaran keuntungan dalam tempoh hampir setahun.

Ujarnya, jumlah awal pelaburan dagangan dilakukan adalah kira-kira USD10,000 (RM45,000) dan keuntungan diperolehi dilihat meningkat mencecah USD800,000 (RM3.7juta) pada 19 Mac tahun lalu.

“Saya terlibat dalam dagangan ini sejak 10 tahun lalu dan ini merupakan keuntungan tertinggi pernah dicapai.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati jumlah itu sudah dikeluarkan keesokan harinya, malah rekod keuntungan turut hilang daripada akaun dagangan saya,” katanya pada sidang akhbr di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya tidak mengalami sebarang masalah dengan syarikat tersebut dan pernah menerima pembayaran keuntungan sekitar USD100 (RM430) sehingga USD10,000, (RM43,000).

“Saya telah membuat lebih 10 kali pengeluaran sejak 2018, broker syarikat itu memang tidak ada masalah menguruskan pembayaran keuntungan.

“Tetapi kali ini, setelah hampir setahun bersabar, saya akhirnya terpaksa mengambil langkah undang-undang selepas mendapat nasihat daripada rakan dan peguam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.-KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2023/02/07/abang-ikmal-amry-bengang-untung-rm3-7-juta-tak-dibayar/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa memang camtu..dia bagi dulu awal2. Bila cust dah percaya dan invest jumlah besar baru lah Dorang stop. Wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tajuk kan main
btw, semoha berjaya la ye
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 11:05 PM | Show all posts
la penipu lagi.Nak galmor je.Scammer pon dah berani buat report palsu.ada ke logic beli coin shibba harga 0.023 cen naik sampai usd 20? korang search la sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by daisy71 at 7-2-2023 11:52 PM

Macam ponzi scheme
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 12:37 AM | Show all posts
orang sama ke? atau nama sama? atau muka macam sama? atau takde kaitan?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2023 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 8-2-2023 12:37 AM
orang sama ke? atau nama sama? atau muka macam sama? atau takde kaitan?

Kira ni scammer pun kena scam ke ni
Cashless


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hensem gak orgnya
Nmpk la jejans2
Dh isu scammer plk

Mmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
pundan ke siap bersepit rambut bagai
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 07:22 AM | Show all posts
nama saya tapi bukan saya
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
member adik aku ada kena. tpi tak pasti pelaburan apa dia join. siap canang lagi nanti dia lah okb. tunggu lah bln 8 ni. masa dia canang tu bln 8 tahun lepas. dah masuk bln 2 thn 2023. tak nampak2 lgi status okb. dgr cerita duit untung dah lepas syarikat bawa lari.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 12:56 PM | Show all posts
Muka sama sangat dengan adik heols.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 12:58 PM | Show all posts
blue_blur replied at 8-2-2023 12:37 AM
orang sama ke? atau nama sama? atau muka macam sama? atau takde kaitan?

kiranya scammer kena scam ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 02:39 PM | Show all posts
forex pun illegal kat malaysia kan?
selayaknya la scammer kena scam..
cash tak ada ansuran kotmemot..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Scammer acah kena scam kot
Sebab nak lepas diri
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 04:48 PM | Show all posts
Abang dia ada jutaan peminat wanita???? TT dah kira betul2 ke, jumlah penduduk Malaysia baru 32 juta, agak2 berapa juta peminat wanita dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah... benda2 scam ni memula memangler dia bagi pulangan supaya client percaya, syok pastu makin tamak.. hujung2 org tamak selalu rugi
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 06:45 PM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 8-2-2023 06:47 PM

modal rm45K, untung jota2 rm.. dah masuk 2023 ni masih ramai lagi ke yg caye?


tahi (dilemparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr)
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Adk ak bru bgth yg dia rugi 6k sbb melabur dlm bln 10 thun lpas. Sakitnya hati ak dgr. Knp mudah sgt percaya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.078565 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list