CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 1

Man City boleh disingkirkan daripada EPL

[Copy link]
Post time 6-2-2023 09:23 PM | Show all posts |Read mode
Man City boleh disingkirkan daripada EPL


Pemain City kerika meraikan kejayaan menjuarai EPL pada musim 2013/2014.


LONDON: Manchester City berdepan hukuman disingkirkan daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mereka didakwa melanggar lebih 100 peraturan kewangan.

Hukuman lain yang mungkin boleh dikenakan ke atas juara bertahan itu termasuk pemotongan mata, larangan perpindahan, had perbelanjaan dan pelucutan gelaran sebelum ini - walaupun situasi itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ia susulan pengumuman Liga Perdana hari ini bahawa kelab itu dirujuk kepada suruhanjaya bebas berhubung dakwaan pelanggaran peraturan kewangan dari musim 2009-10 hingga kempen 2017-18.

City yang dimiliki City Football Group (CFG) yang dikuasai Abu Dhabi didakwa melanggar peraturan yang berkaitan dengan penyediaan maklumat kewangan yang tepat.

City juga didakwa kerana gagal mematuhi peraturan Liga Perdana yang memerlukan kelab mematuhi peraturan kewangan Fair Play UEFA dari musim 2013-14 hingga 2017-18.

Kelab itu juga gagal mematuhi peraturan Liga Perdana mengenai keuntungan dari musim 2015-16 hingga 2017-18.

"Jawatankuasa Suruhanjaya akan dilantik oleh pengerusi bebas Panel Kehakiman Liga Perdana.

"Prosiding di hadapan Suruhanjaya adalah sulit dan didengar secara tertutup. Liga Perdana tidak akan membuat sebarang komen lanjut berhubung perkara ini sehingga diberitahu kelak," kata Liga Perdana dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, UEFA mengenakan penggantungan selama dua tahun dan mendenda City £25 juta (RM128.3 juta) pada Februari 2020 atas dakwaan pelanggaran fair play peraturan kewangan.

Bagaimanapun, hanya lima bulan kemudian, ia dibatalkan dan denda terakhir yang dikenakan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan hanya £9 juta (RM46.1 juta). - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... kirkan-daripada-epl

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 03:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.053788 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list