CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 15

[Jenayah] Speaker Dewan Rakyat: Lantik anak yang layak bukan nepotisme. #2, Speaker Dewan Rakyat timbang mohon anaknya dilantik pegawai khas Speaker

[Copy link]
Post time 3-2-2023 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 3-2-2023 01:12 PM

Speaker: Lantik anak yang layak bukan nepotisme

https://www.malaysiakini.com/news/653912

Diterbitkan:  Feb 3, 2023 8:30 PM⋅
Dikemaskini: 8:30 PM



Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul berkata dia akan mempertimbangkan pelantikan anaknya, Mohammed Iqbal sebagai pegawai tugas-tugas khasnya.

Jelasnya, pelantikan itu bukan nepotisme kerana anaknya itu memang layak untuk memegang jawatan berkenaan.

Johari, yang dilantik sebagai speaker parlimen pada 19 Dis, mengulangi setakat ini tiada pelantikan rasmi Mohammed Iqbal untuk jawatan itu.

Katanya, Mohammed Iqbal telah berkhidmat sebagai pegawai khasnya sejak 2009 selain memiliki Ijazah Sarjana Muda Kewangan di Universiti Multimedia (MMU) Melaka.


Dah kerja 14 tahun

"Nepotisme ini kalau dia kurang, tidak berkelayakan atau dia hanya ada diploma tapi dia diletakkan dalam jawatan yang perlu mempunyai ijazah sarjana muda.

"Atau baru keluar universiti semalam tapi letakkan dia di jawatan yang memerlukan pengalaman 10 tahun ataupun dia ini tak boleh pakai langsung di mana saya boleh ambil orang lain.

"Tapi Iqbal sudah kerja 14 tahun dengan saya dan dia hanya meneruskan kerjanya di mana nak latih orang baru tidak mudah, ...soalnya orang itu, kita percaya ...baik saya teruskan dengan dia," katanya seperti dipetik laporan BH Online.

Jelas Johari, elaun perkhidmatan Iqbal dibayar oleh dirinyya sendiri.

"Dia meneruskan kerja yang dibuat selama ini yang bukan benda baru, bukan lantikan rasmi, kerajaan tidak bayar (gaji) saya bayar sendiri...

"Di sini saya ada setiausaha sulit kanan yang jawatannya sudah diisi, aetiausaha akhbar dan tiga pegawai tugas-tugas khas di mana orangnya saya sudah kenal pasti, ...sekarang sedang dalam proses permohonan.

"Prosesnya panjang melalui SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dan (Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) jadi ambil masa. Kalau saya rasa dia layak dan sesuai, saya akan buat permohonan, buat masa ini dia ditempatkan di sini sebab saya ada di sini," katanya lagi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan dunia maya dikecohkan dengan dakwaan Johari melantik anak lelakinya menjadi salah seorang pegawai di pejabat parlimen.

Antara individu yang awal membuat dakwaan tersebut ialah ahli Bersatu, Badrul Hisham Shaharin, melalui ciapan di Twitter pagi semalam, dan mempersoalkan tindakan Johari.

Badrul Hisham mendakwa nama penuh anak Johari, Mohammed Iqbal, telah dipinda dalam direktori kakitangan parlimen dengan nama bapanya dipadamkan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2023 09:10 PM | Show all posts
Johari Abdul timbang mohon anaknya dilantik pegawai khas Speaker

https://www.bharian.com.my/berit ... egawai-khas-speaker

Oleh Zanariah Abdul Mutalib dan Suzalina Halid - Februari 3, 2023 @ 7:00pm
[email protected]


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul bercakap ketika sesi temubual bersama BH di bangunan Parlimen hari ini. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Datuk Johari Abdul akan mempertimbangkan untuk memohon pelantikan anaknya, Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Johari yang baharu dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat 19 Disember lalu berkata, hingga kini belum ada sebarang pelantikan rasmi dibuat terhadap Mohammed Iqbal bagi jawatan terbabit.

Johari yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata hingga kini Mohammed Iqbal yang sudah menjadi pegawainya sejak 14 tahun lalu hanya meneruskan kerja membantu beliau dengan elaun dibayar oleh dirinya sendiri.

"Dia meneruskan kerja yang dibuat selama ini yang bukan benda baharu, bukan lantikan rasmi, kerajaan tidak bayar (gaji) saya bayar sendiri...

"Di sini saya ada Setiausaha Sulit Kanan yang jawatannya sudah diisi, Setiausaha Akhbar dan tiga pegawai tugas-tugas khas di mana orangnya saya sudah kenal pasti, ...sekarang sedang dalam proses permohonan.

"Prosesnya panjang melalui SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dan (Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) jadi ambil masa. Kalau saya rasa dia layak dan sesuai, saya akan buat permohonan, buat masa ini dia ditempatkan di sini sebab saya ada di sini," katanya dalam pertemuan dengan BH.

Sebelum ini, timbul isu berhubung dakwaan amalan nepotisme dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan anaknya, Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan.

Johari turut menerima tempias dakwaan itu apabila dikatakan melantik Mohammed Iqbal yang juga anak pertama daripada lapan beradik sebagai pegawai tugas-tugas khas di pejabatnya.

Melalui portal rasmi Parlimen, ia meletakkan nama Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas YPDR I.

Pada masa sama, Johari berkata, tidak timbul amalan nepotisme kerana proses pelantikan rasmi sedang dijalankan mengambil kira Mohammed Iqbal yang mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam menjalankan tugas terbabit.

Beliau berkata, Mohammed Iqbal sudah berkhidmat sebagai pegawai khasnya sejak 2009 selain mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kewangan di Multimedia University (MMU) Melaka.

"Nepotisme ini kalau dia kurang, tidak berkelayakan atau dia hanya ada diploma tapi dia diletakkan dalam jawatan yang perlu mempunyai ijazah sarjana muda.

"Atau baharu keluar universiti semalam tapi letakkan dia di jawatan yang memerlukan pengalaman 10 tahun ataupun dia ini tak boleh pakai langsung di mana saya boleh ambil orang lain.

"Tapi Iqbal sudah kerja 14 tahun dengan saya dan dia hanya meneruskan kerjanya di mana nak latih orang baharu tidak mudah, ...soalnya orang itu, kita percaya ...baik saya teruskan dengan dia.

"Diapun tiada kes jenayah, berkelayakan kerana mempunyai ijazah sarjana muda," katanya.

Johari berkata, sebelum ini Mohammed Iqbal menjalankan tugas sebagai pegawainya sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani sejak 2008 hingga 2022 termasuk menghadiri mesyuarat dan membantu menguruskan hal ehwal kawasan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 08:18 AM | Show all posts
Bapak borek anak rintik

PM10 Borek, pegawai2 lantikannya rintik

Siapa lagi nak follow suit?
Umpama buy 1 get 1 free....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian rakyat marhaen...sabo jerr follow flow sedia ada tuk keja dgn gomen...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 08:59 AM | Show all posts
bershit ... reformasiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 4-2-2023 10:27 AM

Bayangkan kesannya nepotism dlm jangka masa pjg, boleh membawa kepada kronisme dan menjurus ke rasuah, sepertimana ditentang habis2an oleh Pak Non idol terpaling termarhen terpaling terzuhud terpaling termadani selama 24 tahun. Tapi bila sendiri jadi ketua gomen, terus buat gomen Madanon, anak2 buah pun boleh buat alasan coz boss pun buat benda yg sama . Cai2 auto bodoh pekat likat melikat pelopor pemprotes selaku pakar penonggeng jubo di jln2 raya pun seraya berkata: dia lantik keluarga sendiri yg tak dibayar gaji tauuuuuu , dan ahli keluarga yg dilantik tuh bukan decision maker okehhh , dan gomen dulu lagik teruk coz lantik ahli keluarga sendiri yg dibayar gaji .
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehehehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Silalah buka company sendiri..boleh bawak anak banak sekali
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts

Ini lah kot antara kesan positif dia, anak² orang politik ramai² dapat menyumbang memajukan Malaysia secara rasmi tanpa perlu bayar gaji. Boleh terus lantik 24jam asal ada degree. Jimat masa jimat duit, apa lagi yg rakyat malaysia nak. hahahaha bagus².
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah wat keje ni sejak 2009 ka? 14 tahun bekerja?
Kronisme dan nepotisme dlm mesia berpisah tiada..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 4-2-2023 11:37 PM

Dah boss buat, cai2 totok yg bawah pun buat benda yg sama. Menghidupkan pembangunan bagi pemacuan madani ala2 terpaling marhein .
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 11:21 PM | Show all posts
Speaker patutnya ckp mcm PMX
ke hulu ke hilir anak tak terima gaji
tak pun tak nak terima elaun

sambil2 macai backup la ngan poster



agak2 nak redakan kemarahan
buat la program jemput sheikh2 di Putrajaya
sejuk sikit kemarahan pengundi
sambil2 macai post la
takkan kabinet / dewan rakyat nak salah guna kedudukan
maklum la dh jemput sheikh/ulama berkuliah di Putrajaya
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 12:54 AM | Show all posts
Dia ni penyokong tegar PMx.. sanggup solek muka jadi P.Ramlee bila isu video China Doll dulu..........
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pro Bontot  ehh pro bono gak ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakal cicit dia pun mesti dah tentu kerja gomen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049259 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list