CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 650|Reply: 2

Empat Termasuk Kakitangan Puspen Direman Susulan Kematian Pelatih

[Copy link]
Post time 3-2-2023 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Perlop, Sungai Siput, ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada tubuh, dipercayai akibat dipukul.


Susulan itu, polis menahan tiga kakitangan Puspen serta seorang pelatih, kesemuanya berumur antara 30 dan 38 tahun, bagi membantu siasatan.




Gambar hiasan




Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian membabitkan lelaki berusia 50 tahun itu pada jam 12.55 tengah hari Selasa (31 Jan).


“Hasil siasatan awal mendapati, terdapat kesan kecederaan pada bahagian badan mangsa.


"Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Siput (Utara) dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk bedah siasat.


“Hasil bedah siasat mengesahkan terdapat kecederaan pada bahagian belakang badan mangsa akibat dipukul dengan menggunakan objek tumpul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Mohd Yusri, kesemua suspek direman tujuh hari bermula semalam.


Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Beliau turut menasihatkan masyarakat agar tidak menularkan maklumat-maklumat yang tidak sahih kepada umum atau membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
302 la yg palik elok untuk semua yg terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Pukul? Tak kan sebab curi laptop kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.055674 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list