View: 1701|Reply: 9
|
Isteri Buncit Nampak Berisi, Remy Ishak Kata Bukan Hamil "Doa-Doakanlah Dikurniakan Remy Junior"
[Copy link]
|
|
Dua tahun melayari bahtera perkahwinan dengan usahawan Ezza Yusof, pelakon Remy Ishak menafikan dakwaan bahawa isteri tersayangnya itu kini berbadan dua.
Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak tetap positif dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar segera diperkenankan rezeki dikurniakan ‘Remy Ishak Junior’.
Foto: IG
“Oh yeke? Belum lagi. Doa-doakanlah,” katanya ringkas.
Terdahulu, timbul desas-desus daripada sebilangan pengamal media bahawa Ezza kini hamil berikutan keadaan fizikalnya yang sedikit berisi sejak akhir-akhir ini.
Terdahulu, Remy, 41, berkahwin dengan Ezza, 40, yang merupakan pengarah kreatif dan pereka kasut untuk jenama 2morrow pada 21 Ogos 2021.
Dalam perkembangan lain, aktor kelahiran Melaka itu mengharapkan orang ramai memberi sokongan terhadap filem terbaharu arahan Dain Said lakonannya berjudul Harum Malam yang akan mula ditayangkan pada 9 Februari ini.
Memainkan karakter bernama Jamil dalam filem tersebut, Remy berkata, sudah tiba waktunya Lembaga Penapis Filem (LPF) bersikap lebih terbuka dalam memberi peluang filem tempatan terus berdaya kreatif.
“Agak tidak adil. Satu sad truth (kebenaran yang sedih) dalam industri perfileman Malaysia.
“Remaja bawah 18 tahun pun dah boleh tonton bermacam benda dalam platform online seperti over-the-top (OTT).
“Sekarang dah zaman digital. Pada saya, semua orang pun dah tahu mana baik dan tak baik. Dah sampai masa LPF untuk lebih terbuka agar industri filem kita terus berdaya maju,” ujarnya.
Remy diminta mengulas tentang beberapa babak serta dialog penting dalam Harum Malam yang dipotong dan ditapis LPF sehingga menyebabkan mereka yang hadir ketika tayangan perdana filem terbitan Apparat tersebut kurang sampai ke jiwa penonton. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Sibukkk ngandung ngandung. Soalan tak sensitif perasaan orang langsung. Bangang betul lah netizen yang suka tanya hal ngandung kawen ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu bamwemy kn yg ckp taknk ada anak….. |
|
|
|
|
|
|
|
moga mudah untuk pregnanat nnti |
|
|
|
|
|
|
|
Bini wemy nih dulu anak Dara ker ibu tunggal? |
|
|
|
|
|
|
|
Sian asal buncit je kena tuduh pregnant mujur dah kawen kalau anak dara mesti bengkek je |
|
|
|
|
|
|
|
yg tak buncit pun tuduh preggy jugak . saja sebab dah tkde berita agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Bini dia ni janda anak 1 kan? Aku rase klu pompuan ni nak anak lg dia dh cari laki muda dah |
|
|
|
|
|
|
|
enjoy jela kaaya pon dah kaya. xyah la pkir anak |
|
|
|
|
|
|
|
sibla aku nih sejenis garang...masa time kawen duluh....takde yang kepochi tanya bila nak ngandung...hanya yang berani mati jer berani tya...hahaha tapi tu pun kena blasah dgn aku kaw2 sebok bebenor...hahahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|