View: 13901|Reply: 31
|
Saya Tak Mandul, Tok Ram Pun Tak’ – Alyah Dedah Pernah Keguguran, Reda Terpaksa Lepaskan 5 Telur IVF
[Copy link]
|
|
Credit Oh Bulan FB & tiktok
Diuji dengan dugaan sukar untuk hamil, penyanyi Datin Alyah mendedahkan pernah mengalami keguguran pada tahun 2019 dan menegaskan dirinya tidak mandul.
Alyah atau atau nama sebenar Noor Hasliah Abu Hasan, 44, berkata, dia juga pernah melakukan proses Persenyawaan In Vitro (IVF) sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat dan berjaya menyimpan lima telur.
Walau bagaimanapun, Alyah akur dengan keputusan membatalkan proses berkenaan atas saranan doktor susulan masalah kesihatan dialami.
Sebenarnya saya tidak mandul dan Tok Ram juga tidak mandul. Saya pernah mengalami keguguran pada 2019. Kemudian pada 2021 saya buat rawatan IVF dan mempunyai lima telur iaitu tiga lelaki dan dua perempuan yang sepatutnya disenyawakan pada 2023. Tetapi Covid-19, tangguh dahulu.
Doktor juga menasihatkan supaya tidak lakukan dulu. Saya dijangkiti Covid-19 dan alami masalah gastrik serta gerd. Lalu saya buat keputusan untuk lakukan bariatrik. Lepas buat bariatrik saya kembali sihat dan tiada lagi masalah kesihatan, tetapi kesan bariatrik menyebabkan saya kurang nutrisi.
Apabila kurang nutrisi saya tidak boleh hamil, lalu proses persenyawaan tersebut ditangguhkan. Kalau saya mahu hamil juga, akan mendatangkan risiko kepada kandungan.
Alyah mendedahkan perkara itu ketika ditemui di majlis Sajian Warisan Bonda, Buffet Ramadan di Restoran RBG, Park Inn by Radisson, Putrajaya pada Jumaat.
Berhabis puluhan ribu ringgit, Alyah berkata, suaminya, Maestro Muzik Terkenal, Datuk Ramli MS juga menasihatkan untuk tidak melakukan proses IVF kerana berasa risau akan risikonya.
Tok Ram sendiri bimbang dengan saya kerana proses IVF itu sangat menyakitkan dan risiko akibat penyakit saya juga besar. Walaupun sedih dan tidak boleh terima, saya akur. Saya terpaksa lepaskan semua telur tersebut.
Bukan mudah untuk membatalkan proses IVF tersebut kerana kos yang kami keluarkan juga mencecah hampir RM100,000. Tetapi, saya percaya aturan Allah itu Maha Hebat, kita manusia hanya mampu merancang.
Hampir berputus asa untuk memiliki cahaya mata, pelantun lagu ‘Kisah Hati’ itu tidak menyangka doanya ketika mengerjakan umrah dimakbulkan apabila dua hari kemudian menerima khabar gembira mengenai kehadiran seorang bayi perempuan dari kalangan keluarga rapatnya.
Saya mengadu kepada Allah, akhirnya saya tenang sendiri. Saya anggap ada hikmah kenapa tidak boleh hamil dan batalkan proses IVF. Siapa sangka, kuasa Allah sangat hebat. Doa saya ketika mengerjakan umrah diangkat.
Pulang dari Tanah Suci, saya terima panggilan telefon dari salah seorang ahli keluarga yang minta bantuan untuk uruskan seorang bayi. Niat saya hanya nak bantu, tetapi Allah permudahkan dan bayi itu diberikan kepada saya.
Terdahulu, Alyah menerusi hantaran di Instagram berkongsi berita gembira apabila mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Izzara.
Sekadar info, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Ramli atau mesra disapa Tok Ram pada 2013. Namun, mereka belum dikurniakan anak.
Bagaimanapun, Tok Ram yang pernah berkahwin dengan pengarah acara muzik, Jennifer Thompson dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang kini sudah dewasa.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 19-1-2025 08:26 AM
Kenapa iols rasa citer ni hasanah pasal terpaksa lepaskan 'telur' 5 lelaki 2 perempuan yg sepatutnya di senyawakan in 2023 tapi covid????? Pelik, senyawa dlm lab naper lak kena tangguh. Camne lak boleh dpt telur kau kalau covid?
First of all your telur tak de jantina until disenyawakan dgn sperma tokram. Persenyawaan ini dibuat luar rahim tu sebab nama dia invitro fertilization (ivf). Lepas tu, kalau menjadi baru tau berapa boy or girl. Itupun lepas buat test. Tp kalau sperma kita boleh tau la mana lelaki mana perempuan even sebelum senyawa. Sperma lelaki laju winggling dia and selalu kat atas sperma perempuan malas slow and selalu kat bawah. Yg lelaki cepat mati. Ini belajar masa biology tahap sekolah. Ivf ni tak le sampai 100k, even with genetic testing semua maybe dlm 50k je. Kalau freezekan dia kira yearly renewal maybe dalam rm1. 5-2k setahun.
Dah senyawa dan jadi embryo boleh frozen sampai 30 tahun. So cerita ini sakit gerd gastric tak de kena mengena. Doctor takan suruh destroy good eggs semata sakit gastric.
So saya yakin ini adalah hasanatul mardiah. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-1-2025 08:29 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by pauliza at 19-1-2025 08:48 AM
Samerosie replied at 19-1-2025 08:12 AM
Kenapa iols rasa citer ni hasanah pasal terpaksa lepaskan 'telur' 5 lelaki 2 perempuan yg sepatutnya ...
Iols rasa diaorang dah sampai fasa satukan ovum & sperm di luar rahim sebab kalau tgk video tu & dia ambik pakej yg boleh test genetic/penyakit baby etc .Kalau ikut belajar Sains ,fasa zigot la kot sebab dia kata tunggu masa nak masuk dlm rahim lepas tu covid & Dr tak suggest buat masa covid .Iols rasa Tin Yah guna term telur nak bagi mudah faham kot |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 19-1-2025 09:02 AM
pauliza replied at 19-1-2025 08:29 AM
Iols rasa diaorang dah sampai fasa satukan ovum & sperm di luar rahim sebab kalau tgk video tu & d ...
Pgt testing tu tak silap i package first 5 embryos tak sampai 10k tak silap i, thereafter baru charge dlm seribu lebih per embryo. Ivf cost tu sendiri maybe between 20-25k termasuk ubat dan transfer bik ke womb. So x sure camne dia kata dekat 100k. Plus dia sebut jantina telur sebelum persenyawaan. No way u boleh tu telur tu aoa jantina until after senyawaan jadi embryo. Itupun kena hantar pgt testing baru boleh tau embryo abnormal or not together with jantina.
'Apabila kurang nutrisi saya tidak boleh hamil, lalu proses persenyawaan tersebut ditangguhkan' .
Bila kita pergi konsultasi nak buat ivf, 3 month before doctor dah suruh start taking supplements. Ini ivf kut bukan ttc natural. Doctor akan provide you with the necessary info and vits or meds. Bila masuk embryo ke dlm rahim tu dioanggil transfer sbb embryo tu dah di senyawakan luar rahim. Dah masuk rahim pun bukan 100%successful. Cuma nak ckp sakit tu tak le sangat masa harvesting eggs dgn transfer. Yg sakit hari2 kena cucuk perut before harvesting eggs tu. Tp mula2 je lepas tu dah biasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-1-2025 09:03 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Samerosie replied at 19-1-2025 08:48 AM
Pgt testing tu tak silap i package first 5 embryos tak sampai 10k tak silap i, thereafter baru cha ...
Dia betulkan part harga tu di IG story .Puluh2 ribu katanya
Yg uols share ni rate hospital swasta ke kerajaan ?Kawan iols kahwin 12 tahun ,banyak kali buat IVF di hospital swasta ,memang cecah ratusan ribu jugak .Semua failed .Dah la sakit gila setiap kali buat dia cakap .Last2 umur dah dekat 40 ,pregnant semulajadi .Rezeki dia cuma malangnya lps tu cerai pulak .Hidup ni btol2 unpredictable.huhu |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 19-1-2025 01:48 AM
Pgt testing tu tak silap i package first 5 embryos tak sampai 10k tak silap i, thereafter baru cha ...
Supaya nampak wow maka keluarlah word rm100k.
Nan hado |
|
|
|
|
|
|
|
Aku maybe tertinggal keretapi. But sampai hari ni masih tertanya2 kenapa dorang nikah di Indo instead of nikah bagus2 di Malaysia? Dan nikah dorang dah sah daftar di Malaysia ke tak yek. Kaypo pulak aku kes dah basi. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
pauliza replied at 19-1-2025 09:03 AM
Dia betulkan part harga tu di IG story .Puluh2 ribu katanya
Yg uols share ni rate hospital sw ...
Hospital swasta prince court sbb iols buat kat situ. Ratusan ribu tu iols tak rasa accurate mungkin zaman tok kaduk tp iols buat 10 yrs ago dgn pcmc pastu freezekan embryos sampai 2021 cuba sekali lagi for girl tp x de rezeki then decided to destroy sbb x nak guna dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Zeelalala replied at 19-1-2025 09:05 AM
Aku maybe tertinggal keretapi. But sampai hari ni masih tertanya2 kenapa dorang nikah di Indo instea ...
La kawin kat indon ke dah kenapa? Bukan dua2 pun single mingle time tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-1-2025 09:17 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zeelalala replied at 19-1-2025 09:05 AM
Aku maybe tertinggal keretapi. But sampai hari ni masih tertanya2 kenapa dorang nikah di Indo instea ...
Huhu tak tahu naper part nikah di Indo tapi confirm lah dah daftar lps kena serbu JAIS 2014 aritu. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 19-1-2025 02:14 AM
La kawin kat indon ke dah kenapa? Bukan dua2 pun single mingle time tu?
Ye kat indo Batam ke Medan rasanya kecoh masa tu. Kan sebab bbrp siri drama juga si bini ni meroyan di internet pasal org ketiga la blablabla. |
|
|
|
|
|
|
|
Zeelalala replied at 19-1-2025 09:18 AM
Ye kat indo Batam ke Medan rasanya kecoh masa tu. Kan sebab bbrp siri drama juga si bini ni meroya ...
Oh i ingat tok ram single time tu. |
|
|
|
|
|
|
|
pauliza replied at 19-1-2025 09:17 AM
Huhu tak tahu naper part nikah di Indo tapi confirm lah dah daftar lps kena serbu JAIS 2014 aritu.
La ye ke. Kenapa iols cam terlepas ketapi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-1-2025 09:24 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zeelalala replied at 19-1-2025 09:18 AM
Ye kat indo Batam ke Medan rasanya kecoh masa tu. Kan sebab bbrp siri drama juga si bini ni meroya ...
Nikah di Batam 2013 ,public tahu dah kahwin 2014 .huhu Kes diaorang ni buat iols kata gosip kat Cari ni 90% betul sebab 2013 tu dah ada org buka thread diaorg nikah senyap2 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-1-2025 09:25 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Samerosie replied at 19-1-2025 09:21 AM
La ye ke. Kenapa iols cam terlepas ketapi ni.
Huhu tahun bila uols start berforum ?Kes ni dah 12 tahun ,2013 diaorg nikah |
|
|
|
|
|
|
|
pauliza replied at 19-1-2025 09:25 AM
Huhu tahun bila uols start berforum ?Kes ni dah 12 tahun ,2013 diaorg nikah
Oh. Timing tu iols hibernate socmed kut haha i see, cuma tau tok ram dulu dgn jennifer tp dah serai lama. Thanks for the info. |
|
|
|
|
|
|
|
Telur 3 lelaki 2 perempuan..ko biaq betul |
|
|
|
|
|
|
|
pauliza replied at 19-1-2025 08:29 AM
Iols rasa diaorang dah sampai fasa satukan ovum & sperm di luar rahim sebab kalau tgk video tu & d ...
Itu mmg la buat kat lab..tp mana tau jantina lg nyah..apooo
Iols pun buat ivf juga..mana2 acik porem yg buat ivf jugak mesti rasa ngarut |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 19-1-2025 08:48 AM
Pgt testing tu tak silap i package first 5 embryos tak sampai 10k tak silap i, thereafter baru cha ...
Iols masa cucuk perut tu tak sakit..lek2 ja lah tp masa transfer embryo tu yg sakit |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-1-2025 10:30 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
pocongkiutss replied at 19-1-2025 10:23 AM
Itu mmg la buat kat lab..tp mana tau jantina lg nyah..apooo
Iols pun buat ivf juga..mana2 acik po ...
Huhu iols tahu sikit2 bab IVF sebab ada dlm bab pembiakan Form 1 je .Tu iols kata ,ke dia nak maksudkan embrio tapi sebut telur sebab tak tahu the exact term ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|