Zira Ayub merupakan seorang pramugari sebeblum berkahwin dengan Nabil Ahmad.
Perkongsian Zira baru-baru ini mengenai pengalamannya sebgai 'flower pot' bagi syarikat penerbangan tersebut nampaknya menjadi perhatian ramai.
Foto: IG
“Saya pakai uniform, duduk sebelah VIP. Itulah ‘flower pot’, apa yang kita panggil kalau jadi kru kabin. Jadi, kalau dalam majalah ada orang yang sebelah bos besar, itulah nama ‘flower pot’.
Menurutnya untuk menjadi seorang ‘flower pot’ bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia perlu mengambil peperiksaan kali kedua selepas gagal semasa dalam tempoh latihan.
Namun kariernya sebagai pramugari hanya bertahan selama tiga tahun sebelum berkahwin dengan Nabil.
"Sebab Haji (Nabil) ada cakap, ‘kalau awak terbang (kerja), macam mana kita nak jumpa?’
Zira juga mendedahkan bahawa suaminya nekad untuk membayar gaji yang sama dengan pendapatannya sebagai pramugari.
"Saya cakap dengan haji, ‘kalau saya berhenti, awak kena bayar gaji saya. Berapa saya dapat, itulah yang awak kena bayar setiap bulan’ dan dia pun bersetuju."
Susulan pendedahan Zira itu, rata-rata netizen mengatakan tindakan Nabil itu merupakan lelaki ‘alpha’ yang sebenar.
"Ini baru betul lelaki alpha. Suruh buah hati berhenti dan bayar gaji. Terbaik Haji Nabil." -CARI
|