View: 1483|Reply: 17
|
"Kritikan Mummy Pedas Dan Berisi, Juri Yang Tak Fake!" Baby Shima Pertahankan Mas Idayu
[Copy link]
|
|
Pernah mengalami situasi sama seperti Sissy Imann, penyanyi Baby Shima menganggap komen 'pedas' Mas Idayu semasa menjurikan program Famili Duo baru-baru ini merupakan satu bentuk teguran biasa.
Kata Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 31, teguran yang diberikan oleh Mas Idayu atau lebih mesra disapa mummy itu menjadikan dia lebih bersemangat untuk bangkit memperbaiki mutu nyanyian.
Foto: IG
"Semasa dimarahi mummy (Mas Idayu) dahulu saya diam sahaja dan terima semua komen tersebut sebab tahu saya buat salah.
"Bagi saya ia teguran membina dan kita harus belajar dari kesilapan. Kritikan mummy pedas dan berisi! Setiap orang ada cara berbeza dalam memberi teguran dan takkanlah mummy nak menjadi orang lain.
"Yang salah tetap salah. Selalunya yang kena marah akan memberikan persembahan lebih baik pada minggu hadapan," katanya kepada mStar.
Sebelum ini, komen pedas yang diberikan oleh Mas Idayu kepada salah seorang peserta program Famili Duo iaitu Sissy Imann menjadi bualan hangat netizen.
Rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan teguran yang diberikan oleh Mas Idayu selaku juri tetap dalam pertandingan nyanyian itu.
Dalam itu, Shima menyifatkan Mas Idayu sebagai seorang juri yang jujur dan bersikap berterus-terang dalam menjurikan sesebuah program nyanyian.
"Mummy adalah antara juri program yang paling bagus sebab dia tak fake tentang persembahan. Berbanding artis lain yang lebih kepada memuji sedangkan tahu persembahan peserta itu teruk.
"Kalau tidak ada komen sebegitu sampai bila-bila peserta itu tidak tahu kesalahan yang dilakukan," ujarnya.
Pada tahun 2017, Mas Idayu pernah menegur dan memberikan komen pedas kepada Baby Shima semasa menyertai program D'Academy Asia musim ketiga yang bersiaran di sebuah stesen televisyen Indonesia.
Teguran tersebut tular sehingga kata-kata Mas Idayu berbunyi 'ada nampak mummmy happy' popular digunakan sehingga hari ini.
Mengambil hikmah dari teguran tersebut, Shima mengakui ia menjadi salah satu faktor namanya mula dikenali di negara republik itu sehingga berjaya menjadi salah seorang artis di sana.
"Disebabkan teguran itulah telah membuka jalan untuk saya terus kembangkan kerjaya di Indonesia dan Malaysia.
"Jadi saya anggap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Bukan sahaja boleh baiki diri sendiri, malah juga beri peluang baharu buat saya," jelasnya.
Pada Ahad lalu, Sissy tidak dapat menahan air mata apabila menerima kritikan daripada Mas Idayu selepas dia menyampaikan lagu berjudul Jampi bersama pasangan duetnya, Naim Daniel.
Ramai penonton kurang bersetuju dengan tindakan Mas Idayu memberi komen secara terbuka kerana dianggap menjatuhkan maruah seorang artis. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak bagi komen pedas silakan tapi tapayahlah normalisasikan kaedah terjerit-jerit, terpekik-pekik ni. Ni pun nak kena ajar ke? Dah takde code of conduct lagi ke dalam ruang penyiaran dan hiburan ni? Lepas ni apa, mencarut pun dibolehkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak cerdik.
Orang bukan suruh puji
Orang cakap komen biar membina
Pfff |
|
|
|
|
|
|
|
semua tu dirancang nak naikkan rating..tgk gaya sissy nangis mlm tu pon mcm berlakon je |
|
|
|
|
|
|
|
patutlah ko pun sendu je
komen yg jujur tu bagus tapi perlu ke sampai terjerit jeriti. proses pembelajaran tu berterusan ok.
penyanyi no 1 pun masih belajar lg sampai sekarang formal tak formal je |
|
|
|
|
|
|
|
tp iols purcaya jer mami pasti akan dijemput lagi utk jd juri, wpun ramai tak setuju dgn mami terpekik terlolong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon BS pesan kat mami idola dia spy guna intonasi yg betul mase bagi komen.. Bkn mcm mak lampir bckp |
|
|
|
|
|
|
|
Nk naik kn rating pun x perlu ngamok2… org mnyampah tgk ada lah… mna ada org btepuk tgn tgk org gila tjerit2 mcm beruk makyeh… banned je lah |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya krew penerbitan hiburan tv3 ke suka mi. Kita yg penonton ni duk rasa nk sula ja dok bt perangai keras bijik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak hayam yindon ni nak juga masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
KBW2 replied at 26-1-2023 09:03 AM
Nak bagi komen pedas silakan tapi tapayahlah normalisasikan kaedah terjerit-jerit, terpekik-pekik ni ...
Babyshima ni jenis hadap validation dari nenekebayan tu. Sampai sekarang sibuk dgn hashtag adanampakebayanhappy |
|
|
|
|
|
|
|
Bebi dgn sisy dua2 pernah masuk bigstage season yg sama kan. Sisy kuar awal. Bawak lagu mas idayu pulak tu. Kebetulan sgt dua2 pernah kena tengking |
|
|
|
|
|
|
|
sudahla kauuuu.... minggu 1st big stage dengan tokti pun dah kena tegur banyak benda... tu pun iols kenot brain ada yg backup mangkuk ni dekat benang big stage dolu.... dasarrrr tone deaf |
|
|
|
|
|
|
|
ko dgn mas dayu garik tu sama jelah |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah, memang nampak camtu pon. Mummykebayan pandang ke pon?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kehadiran mommy mampu naikkan rating...sbb tu la dia selalu jadik juri...Tu yg stesen tv suka tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko nk ckp juri lain semua fake lah???
Yg mana komen xpedas xtengking tu fake la??? Oooo bru tauu |
|
|
|
|
|
|
| |
|